Fitnah Sultanah Terengganu: Editor Sarawak Report diarah hadir prosiding rayuan

Shopee Sale

Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu hari ini mengarahkan pengasas dan editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dua tahun atas kesalahan memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani mengarahkan perkara itu, ketika prosiding pertama pengurusan kes rayuan hari ini membabitkan wanita warganegara Britain itu, yang disabitkan bersalah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Majistret, di Putraja pada 7 Feb lepas.

“Perayu tidak hadir?” soal Hassan kepada peguam Guok Ngek Seong yang mewakili Rewcastle-Brown, sebelum Guok mengesahkan perkara itu.

Guok berkata menerusi notis rayuan yang dikemukan pada 8 Feb, pihaknya juga memohon untuk melakukan revision of power bagi kes berkenaan, kerana mendakwa keputusan Mahkamah Majistret sebelum ini adalah null and void, selain belum menerima rekod rayuan daripada Mahkamah Majistret.

Guok kemudian meminta untuk pengurusan kes seterusnya dijalankan secara dalam talian, kerana beliau berada di ibu negara serta mempunyai kesukaran untuk mendapatkan peguam di sini.

Selain itu, Rewcastle-Brown juga dalam permohonan sebelum ini merayu untuk tidak hadir semasa pendengaran rayuan tersebut.

“Saya arahkan hadir ke mahkamah. Tiada zoom ke apa-apa, pastikan perayu hadir ke mahkamah sekali,” kata Hassan sebelum menetapkan 6 Jun untuk pengurusan kes seterusnya.

Pada 7 Feb, Mahkamah Majistret di Putrajaya menjatuhi Rewcastle-Brown hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah atas pertuduhan memfitnah Sultanah Nur Zahirah, di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

MENARIK:  UTM sedia 19 bas, hantar 722 siswa balik raya

Rewcastle-Brown yang beralamat di London, United Kingdom didakwa telah menulis sebuah buku bertajuk The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose, yang didakwa mengandungi tohmahan terhadap Sultanah Terengganu.

Tohmahan seperti yang digariskan iaitu “the wife of the Sultan” terhadap Sultanah Terengganu pada muka surat tiga, perenggan keempat dan baris ketujuh itu merupakan suatu fitnah yang diketahui Rewcastle-Brown akan merosakkan nama Sultanah Nur Zahirah.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu pada 8 pagi, 14 Sept 2018 di Lot 60048, Taman Chendering Utama, mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular