Fuziah mahu perkukuh struktur, disiplin PKR

Shopee Sale

WAWANCARA | Setiausaha agung PKR yang baru dilantik, Fuziah Salleh merancang memperkukuh struktur parti dengan memberikan takrifan perananan secara jelas dalam barisan kepimpinannya, menekankan disiplin dan asas yang kukuh penting seiring kematangan parti.

“Sebagai parti yang berusia 25 tahun, asas yang dibina oleh akar umbi kita mesti mencerminkan disiplin,” katanya sambil mengiktiraf sumbangan aktivis daripada pelbagai latar belakang yang telah memperkayakan misi parti selama ini.

Kata Fuziah walaupun perjalanan parti bermula di jalanan namun intipati sebenar reformasi itu proses berterusan yang memerlukan komitmen daripada setiap ahli.

“Perubahan bermula dari setiap ahli. Kita mesti kekal setia kepada identiti parti dan tidak pernah malu dengan pendirian kita,” katanya menekankan nilai-nilai teras PKR perlu dikekalkan.

Fuziah juga berkata kepelbagaian menjadi asas identiti PKR sebagai parti reformis untuk semua rakyat Malaysia.

Dengan mendukung visi ini, dia percaya setiap ahli akan dapat menyumbang secara lebih berkesan kepada misi PKR.

"Budaya parti kita mesti ada ciri tersendiri dan setiap orang harus mampu berkhidmat dengan kapasiti terbaik mereka, mencerminkan nilai-nilai kita sebagai parti reformis yang berbilang kaum," kata Fuziah.

Pada 15 September, Fuziah dilantik setiausaha agung PKR menggantikan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan Saifuddin melepaskan jawatan tersebut dan akan menumpukan khidmatnya sebagai setiausaha agung Pakatan Harapan.

Langkah itu sebahagian rombakan kepimpinan yang diputuskan oleh jawatankuasa pimpinan pusat PKR.

Latar belakang Fuziah

Selain perananan barunya sebagai setiausaha agung PKR, Fuziah seorang senator yang juga timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup.

MENARIK:  Azalina: Pentadbir sekolah sembunyi kes gangguan seksual akan 'diburu'

Dia pernah menjadi ahli parlimen Kuantan selama tiga penggal serta timbalan menteri (hal ehwal agama) di Jabatan Perdana Menteri semasa pemerintahan PH dari 2018 hingga 2020.

Awal bulan ini, dia menamatkan pengajian PhD dalam Pentadbiran Perniagaan di Asia e University, dengan tesis bertajuk 'Penerimaan Pengguna Terhadap Program Jualan Rahmah Mudah Alih ikhtiar Kerajaan di Malaysia'.

Fuziah mendapat ijazah sebagai kaunselor di University of Reading sebelum memperoleh Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Wales.

Dia menyertai politik pada tahun 1999 dan bekerja sebagai kaunselor serta perunding latihan bebas sebelum menjadi ahli parlimen selepas pilihan raya umum 2008.

Selain itu, Fuziah turut mengasaskan Raudhatus Sakinah pada tahun 1997, sebuah rumah perlindungan untuk remaja perempuan yang mengandung di luar nikah.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular