Fuziah sahkan wajib papar nombor pendaftaran SSM bagi jualan atas talian

Shopee Sale

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKK) Fuziah Salleh mengesahkan bahawa peniaga atas talian wajib memaparkan nombor pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam laman web penjualan mereka.

Katanya, keperluan memaparkan nombor pendaftaran itu adalah bagi mengelak berlakunya penipuan dan penjualan barang tidak berkualiti.

"Keperluan memaparkan nombor pendaftaran ini adalah bagi perlindungan pengguna agar mereka tahu iaitu apabila mereka bertransaksi secara online entiti adalah sah disisi undang-undang.

"Jika ada tuntutan, maklumat pendaftaran itu boleh disemak dalam pangkalan data SSM untuk mengesan entiti perniagaan tersebut," katanya kepada Malaysiakini.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas kepentingan peniaga atas talian memaparkan nombor pendaftaran SSM di kesemua laman penjualan syarikat atau entiti tersebut.

Sebelum ini, beberapa peniaga merungut bahawa arahan baru itu sebagai menyusahkan.

Ditularkan di media sosial juga adalah bahawa peniaga yang enggan berbuat demikian akan dikenakan denda.

MENARIK:  ‘Isu akses web disekat ditangani agar persekitaran dalam talian lebih selamat’

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular