Gabungan Perpaduan setuju BN tanding PRK Nenggiri

Shopee Sale

Majlis pimpinan kerajaan perpaduan bersetuju memberi laluan kepada BN untuk bertanding dalam PRK DUN Nenggiri yang akan diadakan 17 Ogos nanti.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Asyraf Wajdi Dusuki berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat yang berlangsung 9 Julai lalu.

"Keputusan itu dicapai pada mesyuarat yang berlangsung pada 9 Julai 2024, yang dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim dan dihadiri oleh pimpinan tertinggi mewakili BN dan PH.

"Pimpinan kedua-dua parti memberikan komitmen dan sokongan penuh untuk membantu calon BN yang mewakili kerajaan perpaduan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 3 dan 13 Ogos.

PRK Nenggiri diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi itu selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun lepas.

Mohd Azizi gugur keahlian Bersatu dan kerusi DUN berkenaan diumumkan kosong pada 19 Jun lepas oleh Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah.

MENARIK:  'Benar atau tak?' - MP PKR gesa Anwar jawab isu jualan saham MAHB pada GIP

Pada PRN tahun lalu, Mohd Azizi menewaskan penyandang kerusi tersebut dari Umno, Ab Aziz Yusoff dengan perbezaan 810 undi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular