Gagal mediasi, saman trio DAP terhadap wakil PAS akan dibicarakan

Shopee Sale

Saman fitnah yang dikemukakan oleh pengerusi DAP Lim Guan Eng bersama dua pemimpin parti itu terhadap ahli Parlimen PAS, Siti Mastura Muhammad gagal mencapai penyelesaian melalui proses mediasi seperti yang dinasihatkan oleh mahkamah hari ini.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan perbicaraan penuh pada September ini bagi tindakan sivil yang difailkan Guan Eng bersama veteran DAP Lim Kit Siang dan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok atas dakwaan mereka mempunyai pertalian dengan pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Siti Mastura Muhammad

Mahkamah sebelum ini mencadangkan proses mediasi kepada pihak yang terlibat untuk menyelesaikan tuntutan saman tersebut.

Ketika dihubungi tengahari tadi, Peguam Sankara Nair yang mewakili trio DAP itu mengesahkan hasil rundingan tersebut tidak berjaya mencapai kata sepakat daripada kedua-dua pihak.

Peguam itu menambah bahawa perkara tersebut akan diteruskan dengan perbicaraan penuh selama sembilan hari pada September ini.

Malaysiakini sedang mencuba untuk menghubungi pasukan guaman Siti Mastura untuk mendapatkan maklum balas.

Pada 27 Nov tahun lalu, Guan Eng, Kit Siang dan Kok memfailkan saman fitnah terhadap Siti Mastura.

Sankara Nair

Tiga tuntutan saman itu adalah berkaitan dengan ucapan Siti Mastura selaku defendan pada kempen pilihan raya kecil Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, pada 4 Nov lalu.

Ketika itu, Siti Mastura yang juga ahli Parlimen Kepala Batas mendakwa ketiga-tiga pemimpin DAP tersebut mempunyai pertalian dengan Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew dan pemimpin Parti Komunis Malaya, Ong Boon Hua atau lebih dikenali dengan nama Chin Peng.

MENARIK:  Kasino di Forest City fitnah, berniat jahat - MB Johor

Pihak plaintif menuntut ganti rugi am, pampasan teruk dan ganti rugi teladan selain injuksi bagi menghalang defendan daripada terus membuat dakwaan tersebut.

Sebelum ini media melaporkan, dalam kenyataan pembelaannya Siti Mastura mendakwa dia membuat dakwaan tersebut berdasarkan "fakta" yang terkandung dalam sebuah buku dikatakannya sebagai sumber boleh dipercayai.

Bagaimanapun dalam jawapan balas, ketiga-tiga plaintif berhujah, sebagai pemegang ijazah kedoktoran (PhD), Siti Mastura sepatutnya menyemak semula maklumat berkenaan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular