Gaji penjawat awam naik wajar untuk hadapi inflasi – pakar

Shopee Sale

Semakan gaji penjawat awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.

Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia Profesor Dr Yeah Kim Leng berkata menerusi peningkatan kecekapan dan disiplin fiskal, kerajaan juga berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menanggung kenaikan gaji.

“Bagi memastikan kenaikan gaji tidak terkesan dengan kenaikan kadar inflasi, usaha serentak untuk meningkatkan produktiviti dalam kedua-dua sektor awam dan swasta serta meminimumkan kenaikan harga yang tidak adil diperlukan.

“Ini akan memastikan kuasa beli susulan kenaikan gaji itu tidak terkesan oleh kenaikan inflasi,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus mulai Disember depan, antara peningkatan tertinggi dalam sejarah negara, membabitkan peruntukan lebih RM10 bilion.

“Peningkatan itu akan melebihi 13 peratus… peningkatan terbaik dalam sejarah kerajaan MADANI,” kata Anwar dalam ucapannya ketika merasmikan sambutan Hari Pekerja Kebangsaan 2024 di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang disemak, kerajaan akan memastikan gaji minimum keseluruhan penjawat awam mesti mencapai melebihi RM2,000 sebulan.

“Ketika ini, keseluruhan pendapatan minimum termasuk gaji dan elaun tetap adalah RM1,795 sebulan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kenaikan itu dijangka memberi kesan positif kepada sentimen dan keyakinan dalam kalangan kira-kira 1.7 juta penjawat awam.

“Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri, beliau juga menggalakkan sektor swasta mengambil langkah yang sama. Jika direalisasikan, ia pasti memberi kesan kepada perbelanjaan pengguna yang menyumbang 61 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023,” katanya.

Mengenai langkah mengimbangi peningkatan perbelanjaan kerajaan untuk gaji penjawat awam, Mohd Afzanizam berkata kerajaan konsisten dalam rasionalisasi subsidi terutamanya mengenai bahan api, dijangka dilaksanakan tahun ini.

MENARIK:  Exco: Masalah murid SRA tiada kerusi, meja selesai dalam masa terdekat

“Ini akan membolehkan kerajaan memperuntukkan semula sebahagian daripada penjimatan pengurangan subsidi ke arah meningkatkan gaji kakitangan kerajaan yang boleh membantu mempercepatkan produktiviti dan semangat dalam kalangan penjawat awam.

“Cukai perkhidmatan yang lebih tinggi daripada 6.0 hingga 8.0 peratus kecuali untuk makanan dan minuman serta berkaitan komunikasi juga akan meningkatkan tabung kerajaan yang boleh membantu mengembangkan ruang dasar untuk kerajaan persekutuan,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata mungkin terdapat tekanan terhadap harga kerana permintaan daripada pengguna akan lebih tinggi.

“Pengenalan Akaun Fleksibel oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga merupakan salah satu pemangkin utama untuk penggunaan swasta bersama-sama dengan langkah lain seperti program pemindahan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Ini telah dicerminkan dalam julat luas dalam unjuran kadar inflasi sekitar 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2024 (2023: 2.5 peratus). Julat yang luas itu menunjukkan ketidaktentuan mengenai perubahan dasar yang mungkin memberi kesan kepada harga,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular