Gambar bogel profesor: Fokus pada isu, kata Umany

Shopee Sale

Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) Lin Jeng Jet menyeru agar perhatian awam diberikan kepada isu gangguan seksual yang melibatkan seorang profesor di Universiti Malaya (UM), bukan mengubah perbincangan kepada isu perkauman.  

“Saya fikir ini berpunca daripada mentaliti rakyat masa kini yang suka membuat tuduhan sebelum fakta sebenar dikeluarkan,” kata Lin kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Kelab Feminisme UM (UMFC) mendakwa bahawa seorang profesor yang  mempunyai sejarah gangguan seksual berkongsi gambar bogelnya dengan pelajar.

Gambar itu juga dikatakan dicetak dan ditampal di sekitar kampus oleh pihak tidak dikenali sebagai amaran kepada pihak lain, sebelum diturunkan.

UMFC juga mendakwa terdapat rakan sejawat pelaku yang menghantar e-mel kepada pelajar untuk mempertahankan rakan sekerjanya dengan menggambarkan insiden itu sebagai tindakan balas dendam.

Malaysiakini telah menghubungi UM dan profesor itu semalam dan masih menunggu penjelasan mereka.

MENARIK:  Tiga cedera lepas lori rempuh 11 kereta, sebuah motosikal di MRR2

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular