Gambar Hadi pada slaid: Siapa lagi patut dijadikan contoh – PN Melaka

Shopee Sale

Seorang lagi pemimpin PN mempertahankan tindakan empat kakitangan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang menggunakan gambar Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam slaid khutbah Jumaat di negeri itu minggu lalu.

Ketua Pembangkang DUN Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub, berkata sesebuah khutbah Jumaat berisi peringatan dan nasihat yang baik kepada jemaah.

Penyampaiannya pula, kata Mohd Yadzil, berkaitan dengan perkara dan contoh yang baik juga.

Bagaimanapun, dakwa Adun Bemban itu lagi, ketika ini tiada tokoh lain yang layak dijadikan contoh bersesuaian dengan teks khutbah Jumaat berkenaan.

"Siapa lagi yang patut dijadikan contoh? Sahlah bukan perdana menteri sekarang yang secara rekod paling dibenci rakyat.

"Jauh sangat nak dibandingkan dengan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang merupakan mantan Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Melaka semalam menyatakan empat kakitangan Jaim dikenakan tindakan disiplin - sama ada diberhentikan atau ditukar - selepas menggunakan gambar Abdul Hadi dalam slaid mengiringi khutbah Jumaat di negeri tersebut pada minggu lalu.

Anggap tindakan jujur

Langkah itu dikecam oleh PAS, termasuk melalui kenyataan daripada Abdul Hadi sendiri yang menganggapnya sebagai "amat keterlaluan" dan "zalim."

Timbalan Abdul Hadi, Tuan Ibrahim Tuan Man, pula menganggap kakitangan Jaim terbabit tidak melakukan dosa yang besar atas tindakan mereka.

Mohd Yadzil berkata adalah jelas kerajaan Melaka mempolitikkan agama kerana mengambil tindakan keras walaupun teks khutbah tersebut didakwanya tidak lari dari konteks Islam tetapi disertai imej "tokoh Islam".

MENARIK:  McDonald's Malaysia tarik balik saman terhadap kumpulan boikot

"Hanya kerana sekeping gambar tokoh Islam yang kebetulan adalah pemimpin pembangkang, telah dijadikan alasan untuk diambil tindakan (ke atas kakitangan Jaim)," katanya.

Dia yang juga Pengerusi PN Melaka menambah, pegawai terbabit sekadar cuba memaparkan pemimpin yang boleh dijadikan contoh selaras dengan isu yang disentuh khutbah.

Disebabkan tiada contoh yang sesuai dari dalam kerajaan untuk dipaparkan, katanya, mereka terpaksa mencari misalan lain di pihak luar.

"Ini tindakan jujur yang tidak boleh diterima oleh kerajaan," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular