Gambar tular Jalur Gemilang terbalik insiden 2020

Shopee Sale

Gambar tular yang memaparkan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Bukit Tambun, Batu Kawan adalah gambar lama yang berlaku pada 2020.

Justeru Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Chong Boo Khim, meminta semua pihak berhenti memanipulasikan gambar itu supaya tidak menimbulkan kekeliruan dan mencetuskan isu perkauman.

"Polis mengesan hantaran di laman Facebook oleh satu akaun yang memaparkan bendera Malaysia dipasang dengan cara salah.

"Hasil siasatan mendapati kes itu berlaku di sebuah SJKC pada 2020 yang kemudian ia diulang siar individu tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chong juga menasihati orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada sumber sahih serta tidak menyebarkan maklumat tidak tepat.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular