Gelombang kedua letupan peranti komunikasi di Lubnan ragut 20 nyawa

Shopee Sale

Angka kematian di Lubnan akibat letupan perananti komunikasi tanpa wayar ICOM pada Rabu meningkat kepada 20 orang dengan lebih 450 cedera, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.

Jumlah terbaru itu selepas 12 orang terbunuh pada Selasa dan kira-kira 2,800 yang lain cedera, 300 daripadanya kritikal, dalam serangan serupa melibatkan alat kelui yang digunakan terutamanya oleh kumpulan Hizbullah Lubnan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Jumlah gabungan korban akibat letupan pada Selasa dan Rabu mencecah 32 orang, dengan lebih 3,250 cedera.

Kementerian Komunikasi Lubnan juga mengumumkan bahawa perananti ICOM yang terlibat dalam letupan pada Rabu itu tidak berlesen dan tidak diluluskan oleh agensi keselamatan.

"Peranti ICOM V82 tidak dilesenkan oleh kementerian, kerana pelesenan memerlukan kelulusan daripada agensi keselamatan," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Agensi Berita Nasional rasmi Lubnan melaporkan bahawa Pesuruhjaya Kerajaan Mahkamah Tentera Hakim Fadi Akiki mengarahkan agensi keselamatan mengumpulkan semua data keselamatan dan teknikal berkaitan letupan itu.

Kerajaan Lubnan dan Hizbullah menuduh Israel melakukan letupan, dengan Hizbullah berikrar akan membalas dengan tindakan keras.

Walaupun Israel masih berdiam diri, media Amerika termasuk The New York Times dan CNN melaporkan bahawa Israel menanam bahan letupan pada bateri di dalam alat kelui dan perananti elektronik lain sebelum ia sampai ke Lubnan dan kemudian meletupkannya dari jauh.

MENARIK:  NGO bantah projek pembangunan khas Pangkor, mungkin anjur protes

Alat kelui -- perananti komunikasi tanpa wayar kecil dan mudah alih -- digunakan oleh orang awam, pekerja penjagaan kesihatan dan lain-lain untuk komunikasi dalam organisasi atau kumpulan di Lubnan. Ia beroperasi dengan bateri boleh dicas semula dan menerima mesej teks, panggilan dan isyarat audio-visual.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular