Geng Usrah @McD: Kempen boikot perlu objektif, tersusun

Shopee Sale

Sekumpulan aktivis yang mengadakan 'usrah' di sebuah restoran makanan segera McDonald's baru-baru ini meminta pihak yang menyokong gerakan membela Paletsin menyusun langkah masing-masing berdasarkan data.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, kumpulan Sahabat Usrah @McD berkata antara aspek yang perlu diteliti ialah kerugian terhadap usahawan Malaysia, serta kesan negatif pekerja dalam sektor berkenaan berbanding impak kepada rejim Zionis dan sekutunya.

"Kami juga menyeru agar suatu kajian berasaskan maslahah (kebaikan) dan mafsadah (kerosakan) terhadap kepentingan rakyat Malaysia dibuat.

"Ia perlu dilakukan secara kerjasama dengan pihak autoriti agama untuk mewujudkan ketetapan serta garis panduan boikot yang terperinci lagi lengkap," kata mereka kepada Malaysiakini.

Pada 21 April lalu Malaysiakini melaporkan mengenai sekumpulan aktivis dari pelbagai latar belakang menjadikan sebuah restoran McDonald's sebagai tempat mereka mengadakan perbincangan hal-hal semasa.

Selain pakar kewangan Islam, 'usrah' itu juga disertai individu yang memiliki latar pendidikan undang-undang, komunikasi, agama dan akauntan.

Program yang diilhamkan secara spontan itu hadir beberapa hari selepas sekumpulan pihak mengambil pendekatan ganas dan melampau ke atas pelanggan McDonald's.

Selain mengugut serta mengganggu pelanggan restoran berkenaan, mereka juga menggunakan kaedah janaan digital bagi menggambarkan pihak yang menerima McDonald's atau KFC sebagai anjing.

Puluhan cara membantu

Menurut Sahabat Usrah @McD itu, apabila program tersebut diadakan mereka bukan mahu menghantar isyarat agar orang ramai berdamai dengan Israel.

Sebaliknya, kata kumpulan terbabit, apa yang ingin disampaikan ialah agar masyarakat dapat berdamai dengan setiap premis perniagaan, restoran dan kedai makan di negara ini, sekali gus mengekalkan keamanan yang dinikmati sekarang.

MENARIK:  Palestin kecam AS veto halang keanggotaan penuh Palestin di PBB

"Kami sama sekali tidak cuba membawa maksud agar kita mencari perdamaian dengan Israel dan pemimpin-pemimpin politik rejim Zionis yang tercela.

"Sahabat Usrah @McD juga tidak pernah mencabar tindakan boikot yang dilakukan oleh pihak lain, serta tidak bercadang agar kempen boikot dihentikan.

"Apa yang mahu ditekankan ialah, jangan dibiarkan gerakan itu sebaliknya melahirkan kebencian sesama rakyat Malaysia," katanya.

Tambah kumpulan itu, beberapa kejadian di Kuantan, Pahang, dan Sungai Petani, Kedah serta corak ulasan-ulasan di media sosial menggambarkan sebahagian rakyat Malaysia masih gagal menjadikan gerakan boikot berkenaan benar-benar berobjektif.

"Akhirnya, sekali lagi kami menyeru agar rakyat Malaysia diberikan kebebasan untuk memilih.

"Boikot yang bersasar hanyalah satu daripada puluhan cara membantu rakyat Palestin," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular