Presiden Gerakan Dominic Lau mengeluh berkaitan kenyataan pemimpin PAS untuk menutup kasino.
Dia memberitahu perkara itu dalam acara makan malam dengan media Cina di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi sempena sambutan Pesta Tanglung.
Dia malah meminta penjelasan pemimpin PAS yang hadir–Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari dan pengerusi biro perpaduan Halimah Ali.
“Saya boleh bagi contoh. Contoh baru-baru saja, saya nampak media sudah buat, tularkan isu muktamad PAS kan. Terutamanya pemimpin-pemimpin Pahang itu, dia kata nak tutup kasino.
“Wah, banyak orang sudah Whatsapp bagi saya dan kata, brother, macam mana? Nak tutup kasino. Saya pun tak tahu macam mana nak jawab,” katanya.
Lau berkata acara itu mengundang media Cina sahaja kerana media itu didakwa banyak melaporkan perkembanagn Perikatan Nasional (PN) secara negatif.
[Berita penuh menyusul]