Gesaan Akmal supaya Tiong dipecat bukan pendirian Pemuda BN

Shopee Sale

Kenyataan Dr Akmal Saleh yang menggesa agar Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya, Tiong King Sing, dipecat daripada jawatannya bukan pendirian bersama Pemuda BN.

Bahkan kata Pemuda MIC, kenyataan tersebut mungkin sekadar bersifat peribadi daripada ketua Pemuda Umno merangkap Exco Melaka berkenaan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ketua Pemuda MIC Arvind Krishnan berkata Pemuda BN tidak pernah mengambil pendirian seperti apa yang dinyatakan Akmal.

"Kenyataan Dr Akmal bukan pendirian Pemuda BN. Mungkin pendirian peribadi dia saja," katanya.

Beberapa hari lalu Akmal meminta perdana menteri menggugurkan Tiong ekoran perselisihan pendapat kedua-dua mereka terkait permohonan maaf Ahli Parlimen Bintulu itu

Tiong sebelum itu meminta maaf kepada pada pelancong China kerana berdepan pengalaman yang tidak menyenangkan ketika mengunjungi negara ini.

“Saya mohon PMX (Anwar) tukarlah menteri ini kepada orang yang jauh lebih layak.

"Baik lagi ambil MP Jelutong (RSN Rayer) jadi menteri perlanconganlah!" kata Akmal dalam kenyataan itu.

Menurut Arvind, Pemuda BN tidak pernah mengadakan sebarang mesyuarat untuk membincangkan hal berkenaan kedudukan Tiong dalam kabinet.

MENARIK:  Tujuh kawasan akan alami suhu harian hingga 37 darjah Celsius

"Bahkan sebenarnya sudah hampir 18 bulan Pemuda BN tidak mengadakan sebarang mesyuarat," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular