GISBH: Lebih 30 lagi tahanan Sosma masih disiasat – KPN

Shopee Sale

Polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap lebih 30 lagi individu dikaitkan dengan Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings (GISBH) yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata seramai 22 individu daripada 60 yang ditahan sebelum ini dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini.

"Jadi apa saya boleh cakap, kita tangkap (bawah) Sosma lebih kurang 60 orang. Selepas itu kita berurusan dengan pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) dan (dengan) keterangan yang ada kita dapat menuduh 22 orang.

"Baki (yang ditahan bawah SOSMA), yang mana belum habis lagi (siasatan), kita buat siasatan lanjut, (tempoh tahanan) SOSMA kita panjang," katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya hari ini.

Ditanya sama ada kesemua baki tahanan terbabit akan didakwa di mahkamah, Razarudin berkata beliau tidak menolak kemungkinan itu.

Beliau berkata polis juga masih mengesan saki baki ahli atau individu yang dikaitkan dengan GISBH.

Hari ini seramai 22 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH Datuk Nasiruddin Mohd Ali didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Sementara itu, beliau berkata polis akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan terdapat pihak yang ‘mengintai’ rumah perlindungan menempatkan kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global.

MENARIK:  Wan Fayhsal salahkan Suara Keadilan sebab panik - Fahmi

Beliau berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat terperinci mengenainya memandangkan terdapat beberapa rumah perlindungan sedemikian dalam negara.

"Nanti kita siasat … kerana ada rumah perlindungan, ada yang di Negeri Sembilan dan Selangor," katanya.

Pada 16 Okt lepas, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri yang mendedahkan perkara berkenaan berkata pihaknya bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada perbuatan itu dilakukan ibu bapa kanak-kanak berkenaan atau sebaliknya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular