GLOBAl | Mac pecah rekod suhu dunia paling panas

Shopee Sale

GLOBAL | Bulan Mac memecahkan rekod suhu dunia paling panas, kata perkhidmatan pemantauan perubahan iklim Kesatuan Eropah pada hari Selasa.

Sejak tempoh sepuluh bulan yang lalu, setiap bulan telah mencatat rekod suhu paling panas baru berbanding bulan yang sama pada tahun-tahun sebelum ini, kata Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus EU (C3S) dalam buletin bulanan.

Tempoh 12 bulan yang berakhir dengan Mac juga adalah 12 bulan paling panas yang pernah direkodkan dalam sejarah planet bumi, kata C3S.

Dari April 2023 hingga Mac 2024, suhu purata global meningkat 1.58 darjah Celsius lebih panas dari purata suhu sebelum zaman industri pada era 1850-1900.

"Ia adalah trend jangka panjang dengan rekod luar biasa yang membuatkan kami sangat prihatin," kata Timbalan Pengarah C3S Samantha Burgess kepada Reuters.

"Melihat rekod seperti ini - bulan demi bulan - benar-benar menunjukkan kepada kita bahawa iklim kita sedang berubah, berubah dengan pantas," tambahnya.

Set data C3S kembali ke tahun 1940, dengan para saintis menyemak silang dengan data lain untuk mengesahkan bahawa bulan Mac adalah bulan yang paling panas sejak tempoh pra-industri.

Tambahan pula 2023 adalah tahun paling panas di planet ini dalam rekod global sejak 1850.

Cuaca ekstrem dan suhu luar biasa telah mendatangkan malapetaka dan bencana alam pada tahun ini.

Kemarau yang didorong oleh perubahan iklim di kawasan hutan hujan Amazon telah mencetuskan sejumlah rekod kebakaran hutan di Venezuela dari Januari-Mac manakala kemarau di Afrika Selatan telah memusnahkan tanaman dan menyebabkan berjuta-juta orang kebuluran.

MENARIK:  Kabinet setuju pembentangan RUU tangani isu parallel pathway - Fahmi

Para saintis marin juga memberi amaran pada bulan lepas satu peristiwa pemutihan karang (coral bleaching) besar-besaran mungkin berlaku di Hemisfera Selatan, didorong oleh air yang semakin panas dan boleh menjadi kejadian yang paling teruk dalam sejarah planet bumi.

C3S dipetik Reuters berkata punca utama haba luar biasa adalah pelepasan gas rumah hijau yang disebabkan oleh kegiatan manusia.

Faktor lain yang mendorong kenaikan suhu termasuk El Nino, corak cuaca yang menghangatkan permukaan air di timur Lautan Pasifik.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular