Gobind: Integrasi aplikasi MyDigital ID dan Padu dijangka siap Ogos ini

Shopee Sale

PARLIMEN l Aplikasi Digital Nasional atau MyDigital ID dan Hab Pangkalan Data Utama (Padu) dijadualkan diintegrasikan sepenuhnya pada Ogos tahun ini.

Menteri Digital Gobind Singh Deo mengesahkan perkara tersebut dalam sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

"Beberapa aplikasi kerajaan telah pun diintegrasikan di bawah MyDigital ID. Padu dan MyDigital ID sedang giat diintegrasikan. Kami jangka ia akan siap Ogos tahun ini," katanya ketika menjawab soalan Young Syefura Othman (PH- Bentong).

Katanya, perbincangan mengintegrasikan MyDigital ID dengan pihak swasta seperti Touch & Go, KWSP i Accounts, LHDN dan sektor perbankan telah pun dimulakan.

"Sebelum ini pihak MyDigital telah pun mengadakan perbincangan dan sesi libat urus bersama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan syarikat yang menyediakan sistem perbankan serta pemegang taruh berkaitan bagi kita merancakkan serta perluaskan sistem MyDigital dalam sektor perbankan dan urusan kewangan," katanya.

ID MyDigital dijangkakan sebagai satu platform tunggal yang boleh digunakan untuk mengesahkan identiti penggunanya dan log masuk ke dalam pelbagai perkhidmatan dalam talian, terutamanya perkhidmatan kerajaan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 21 Nov tahun lalu mengumumkan peruntukan RM80 juta untuk pusat penyelidikan nasional Mimos Bhd mempercepatkan pelaksanaannya.

MyDigital ID Sdn Bhd telah ditetapkan sebagai kenderaan untuk melaksanakannya pada Januari.

Platform itu dilancarkan kepada penjawat awam tahun lepas, dan akan mula dilancarkan kepada orang awam pada bulan Mei.

MENARIK:  Pembayaran pencen senator: K’jaan dibenar rayu keputusan mahkamah

Sementara itu, Gobind berkata bahawa pendaftaran MyDigital ID ini bukan satu mandatori sebaliknya pilihan kepada pengguna yang ingin mendaftar.

"Buat masa ini MyDigital ID bukan satu kemestian atau mandatori kepada rakyat Malaysia. Sebaliknya, ianya dijadikan pilihan yang akan diintegrasikan dengan pelbagai agensi kerajaan dan juga swasta dalam masa depan.

"Sehingga 5.30 petang 10 Julai (semalam) sebanyak 465,924 pengguna telah pun mendaftar MyDigital ID. Jumlah ini termasuk penjawat awam," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular