Grab: Program kurangkan pelepasan karbon disahkan oleh agensi

Shopee Sale

Syarikat perkhidmatan e-hailing Grab mempertahankan usahanya dalam mengurangkan pelepasan karbon, dengan menegaskan bahawa ia disahkan oleh agensi berkelayakan.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat (8 Mac), syarikat itu berkata projek karbon pilihan mereka dinilai dan disahkan oleh agensi dan pembekal karbon yang mempunyai reputasi yang baik.

Ini termasuk projek di Katingan Mentaya di Indonesia di mana agensi penarafan karbon Sylvera dan BeZero telah menilai projek itu secara bebas dengan ‘AA’ dan A.

“Pertukaran karbon di Asia Tenggara seperti Bursa Malaysia’s Carbon Exchange dan Temasek-back Climate Impact (CIX) di Singapura telah menyenaraikan projek itu (juga),” tambahnya.

Syarikat itu mengulas pemerhati alam sekitar Rimbawatch, yang menuduh Grab melakukan 'greenwashing' - suatu strategi pemasaran atau komunikasi untuk memperlihatkan seolah-olah produknya mesra alam sekitar dan mampan.

Pelanggan Grab dibenarkan membayar RM0.20 setiap perjalanan atau RM0.10 untuk pesanan GrabFood atau GrabMart bagi mengimbangi pelepasan yang mereka tanggung daripada perjalanan atau penghantaran, yang akan digunakan untuk projek perlindungan hutan termasuk Katingan Mentaya.

Rimbawatch menambah bahawa projek itu dan juruauditnya, Verified Carbon Standard (Verra) dianggap boleh dipersoalkan oleh wartawan penyiasat, NGO, dan ahli akademik.

Greenpeace juga melaporkan bahawa sejak projek itu dimulakan di Kalimantan Tengah, ia telah mengurangkan litupan hutan yang menyebabkan penduduk tempatan terpaksa berhijrah dan mengakibatkan konflik tanah.

Sambil mengakui bahawa tiada standard pasaran karbon sejajar universal, Grab berkata mereka tidak mahu menolak kredit karbon sebagai instrumen kewangan yang sah untuk kebaikan alam sekitar jangka panjang.

MENARIK:  K'jaan akan laksana pembenihan awan, bergantung cuaca semasa

"Kami akan terus meletakkan standard yang tinggi kepada pembekal kami untuk memastikan projek pilihan kami menyokong hasil yang diharapkan dan berharap industri akan terus membahaskan topik itu dan bekerjasama secara konstruktif ke arah masa depan karbon yang lebih rendah," tambahnya.

Syarikat itu juga menambah bahawa mereka bekerjasama rapat dengan kerajaan dan rakan kongsi industri, serta menyokong peralihan rakan kongsi pemandunya kepada kenderaan elektrik dan kenderaan rendah pelepasan karbon lain sebagai sebahagian daripada strategi penyahkarbonannya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular