Gunung Ruang: Lapangan terbang terus ditutup

Shopee Sale

Gunung Ruang di Sulawesi Utara mengeluarkan asap berwarna kelabu dari puncaknya, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana (PVMBG) Indonesia pada Sabtu.

Agensi itu menyatakan dalam laporan hariannya, cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia, berubah-ubah daripada cerah hingga mendung dengan tiupan angin lemah dari selatan.

Suhu pula mencatatkan tahap antara 28 hingga 30 darjah Celcius.

Video yang dikongsi oleh jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Abdul Muhari, menunjukkan cuaca cerah di sekitar gunung berapi itu pada jam 7.56 pagi.

"Mudah-mudahan aktiviti gunung berapi akan berkurang, membolehkan aktiviti masyarakat berjalan seperti biasa," katanya sambil meminta penduduk untuk tetap waspada dan mengosongkan radius tujuh kilometer di sekitar kawah Gunung Ruang.

Sementara itu, pengurusan lapangan terbang melalui Notis Kepada Juruterbang melanjutkan penutupan Lapangan Terbang Sam Ratulangi di Manado, 95km, dari Gunung Ruang untuk hari kelima berturut-turut sehingga 6 petang ini kerana abu gunung berapi.

MENARIK:  Setpol Anwar gesa polis percepat siasatan kes 3R, cadang 10 SOP

Susulan letusan Gunung Ruang Selasa lalu, pihak berkuasa meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi dan memindahkan penduduk ke kawasan lebih selamat seperti yang diarahkan oleh Presiden Joko Widodo.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular