Guru didakwa lakukan antun seksual dihukum jika bersalah

Shopee Sale

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil tindakan ke atas guru wanita yang didakwa mencabul pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini jika siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata buat masa ini guru berkenaan tidak dibenarkan berurusan dengan mana-mana murid sehingga siasatan selesai.

"Kementerian akan mengambil tindakan ke atas guru wanita tersebut setelah polis melengkapkan siasatan dan sehingga itu, kita akan patuhi segala prosedur ditetapkan sehingga siasatan selesai.

"Bagi pelajar lelaki itu pula, kita berikan sokongan psikososial dan perlindungan sepenuhnya sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan KPM," katanya ketika ditemui selepas majlis temu mesra menteri pendidikan dengan calon [eperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 di Kelang hari ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dilaporkan berkata pihaknya telah merakam keterangan guru wanita berusia 37 tahun itu.

MENARIK:  Najib: Saya tak pernah arah bunuh Altantuya 

Ibu mangsa membuat laporan polis pada 12 Dis lepas mendakwa suspek mencabul anaknya ketika mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular