Hakim terkhilaf bebaskan Bung Moktar, isteri – pendakwa raya

Shopee Sale

Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dalam menjalankan bidang kuasa semakan apabila membebaskan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad daripada tiga pertuduhan rasuah membabitkan RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra Bhd.

Itu antara tujuh alasan pendakwaan dalam petisyen rayuan yang difailkan pada 3 Mei lepas dan diperoleh media hari ini.

Pendakwaan juga berkata Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid terkhilaf apabila membuat keputusan membebaskan pasangan itu melalui proses semakan undang-undang tanpa merujuk alasan penghakiman penuh dan rekod prosiding Mahkamah Sesyen mengenai keterangan saksi pendakwaan ke-24 (Madhi Abdul Hamid) dan saksi pendakwaan ke-25 (Norhaili Ahmad Mokhtar).

"Hakim itu juga gagal untuk mempertimbang bahawa tiada ketidakadilan berlaku terhadap responden atas keputusan prima facie yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen memandangkan keputusan prima facie bukan keputusan muktamad bagi kesalahan yang dipertuduh terhadap responden-responden,” menurut petisyen itu.

Selain itu, Hakim Mahkamah Tinggi didakwa terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila membuat keputusan untuk membebaskan responden walaupun tidak dinyatakan dalam keputusan lisan hakim Mahkamah Sesyen bahawa keputusan prima facie yang dibuat hanya bergantung semata-mata kepada keterangan SP24 dan SP25.

"Hakim itu juga terkhilaf dari segi undang-undang apabila gagal untuk mempertimbang kebolehterimaan keterangan separa hostile oleh SP24 dan SP25," kata pihak pendakwaan yang memohon untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menetapkan 29 Julai depan bagi mendengar rayuan pendakwaan berhubung pembebasan Bung Moktar dan Zizie Izette daripada tiga pertuduhan rasuah itu.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu dan isterinya dibebaskan pada 7 Sept 2023 setelah Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan mereka terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 Sept 2022 yang memerintahkan pasangan tersebut membela diri.

MENARIK:  Rafizi: Ada ahli politik kritik Padu sebab isu peribadi

Bung Moktar, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, didakwa pada 3 Mei 2019 atas dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan agensi berkenaan supaya melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Beliau didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015.

Bung Moktar turut didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah Norhaili Ahmad Mokhtar atas nama Zizie Izette untuk sebab dan tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala isterinya didakwa bersubahat dengan beliau melakukan perbuatan itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular