Hampir 9,500 pesakit baru buah pinggang perlu dialisis didaftar tiap tahun

Shopee Sale

Penghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD) direkodkan semakin meningkat dengan hampir 9,500 pesakit baru didaftar sebagai memerlukan rawatan dialisis setiap tahun, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni.

Dia berkata setakat ini, kira-kira 4.7 juta individu mengalami CKD dan angka berkenaan membimbangkan.

“Bagi mengatasinya, pelbagai langkah penjagaan kesihatan komprehensif diperlukan… termasuk strategi yang melibatkan pencegahan, pengesanan awal, pengurusan faktor risiko yang berkesan serta rawatan yang bertepatan.

“Pada masa ini, terdapat banyak kemajuan dalam perawatan perubatan yang mampu mengawal penyakit kronik serta mengelakkan komplikasi memudaratkan.

"Bagi penjagaan CKD, kita (Kementerian Kesihatan Malaysia) menyediakan rawatan yang bertepatan dan bersesuaian,” katanya.

Lukanisman berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Kuala Lumpur hari ini.

Dia berkata usaha membanteras semua punca masalah buah pinggang terutamanya diabetes dan pelbagai penyakit tidak berjangkit juga memerlukan pendekatan yang mampan daripada semua pihak termasuk kerajaan, swasta, industri dan rakyat.

MENARIK:  Bantuan RM300 buat peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - TPM

“KKM sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha mencapai matlamat untuk meningkatkan akses terhadap perkhidmatan kesihatan yang optimum dan berkualiti,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular