Hannah kemuka rayuan lepas saman fitnah terhadap Musa ditolak

Shopee Sale

Peguam Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan hari ini berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan.

Yeoh yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata dia menghormati proses kehakiman berkenaan namun telah mengarahkan peguamnya untuk memohon agar rayuan terbabit didengar dengan kadar segera.

“Saya dinasihatkan oleh peguam saya bahawa belum ada alasan penghakiman bertulis penuh yang dikemukakan oleh Mahkamah Tinggi. Setakat ini, hanya terdapat alasan ringkas yang disenaraikan secara bertulis melalui sistem e-review mahkamah pada 23 Dis.

“Oleh itu, adalah tidak wajar pada peringkat ini untuk membuat apa-apa kesimpulan tentang apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi secara keseluruhan berserta alasannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Isnin lepas, media melaporkan Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan Hannah terhadap Musa berhubung ucapannya dalam satu forum di Universiti Teknologi Mara (UiTM) empat tahun lepas.

MENARIK:  Lelaki 'tomoi isteri lepas kantoi' direman 4 hari

Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi membuat keputusan berkenaan selepas mendapati plaintif gagal membuktikan kenyataan dibuat oleh defendan (Musa) adalah fitnah.

-Bernama


News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular