Harga air mineral sudah 50% lebih mahal dari petrol – PPIM

Shopee Sale

Harga sebotol air mineral 600ml kini 54 peratus lebih mahal daripada harga minyak petrol RON95.

Perkara itu diketengahkan oleh Persatuan Pengguna Islam  Malaysia (PPIM) setelah membuat perbandingan harga baru-baru ini.

Menurut kajian itu, kata mereka, sebotol air mineral 600ml berharga RM1.90, manakala RON95 pada kuantiti yang sama berharga RM1.23 saja.

Ini menjadikan air mineral 54 peratus  atau RM0.67 lebih mahal berbanding RON95. 

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata kos menghasilkan 500ml air mineral dikatakan kurang daripada 30sen,  tetapi harga runcitnya boleh melonjak sehingga RM3 dalam beberapa kes. 

"Kami percaya adalah penting bagi pengguna untuk memahami mekanisme penetapan  harga di sebalik barangan harian seperti air mineral.  

"Perbezaan antara kos pengeluaran dan harga jualan air mineral menimbulkan kebimbangan  tentang ketelusan pasaran dan amalan penetapan harga yang adil," katanya. 

Nadzim Johan

Ini bukan kali pertama rungutan ini kedengaran.

Nazim malah pernah membangkitkan isu sama sembilan tahun lalu.

MENARIK:  Miskin tegar di P Pinang selesai sepenuhnya akhir Mei ini

PPIM ketika itu bersama 20 NGO menggerakkan kempen boikot tiga bulan terhadap penjualan air mineral 500ml yang melebihi harga RM1.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular