Hari keputeraan Agong ke-17 pada 3 Jun, istiadat pertabalan pada 20 Julai

Shopee Sale

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim akan berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi mengumumkan perkara itu selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong.

Fahmi Fadzil

“Sebagaimana kita sedia maklum, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada hari Rabu, 31 Jan 2024.

“Sehubungan itu Kerajaan dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan melaksanakan acara-acara sempena Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,” katanya kepada media di Putrajaya hari ini.

Terdahulu Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri Datuk Rozainor Ramli mengumumkan pelantikan Fahmi sebagai Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong.

Fahmi berkata Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah pada 3 Jun 2024 dan tarikh itu telah diwartakan sebagai cuti umum.

“Bagaimanapun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 telah mengampuni limpah perkenan supaya acara-acara Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda ditangguhkan dari bulan Jun ke bulan September.

“Ini bagi memberi keutamaan kepada Istiadat Pertabalan dan acara-acara lain Sempena Istiadat Pertabalan yang akan berlangsung pada bulan Julai,” katanya.

Acara-acara sempena Istiadat Pertabalan adalah seperti berikut:

  • Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat pada Khamis, 18 Julai, 5.30 petang, di Masjid Negara, Kuala Lumpur;

  • Khutbah Khas dan Solat Jumaat pada Jumaat 19 Julai, 1.15 tengah hari, di Masjid Negara;

  • Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Sabtu, 20 Julai, 10 pagi, di Istana Negara, Kuala Lumpur;

  • Majlis Santapan Diraja pada Sabtu, 20 Julai, 8.30 malam, di Istana Negara;

  • Lawatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Hospital pada Selasa, 23 Julai, 9.30 pagi, di Hospital Orang Asli Gombak;

  • Pameran Raja Kita pada Khamis, 25 Julai 11 pagi, di Muzium Negara; dan

  • Majlis Jamuan Teh Diraja pada Sabtu, 27 Julai, 3 petang, di Istana Negara.

MENARIK:  Aliran trafik tinggi, perlahan di beberapa lebuh raya utama

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular