Hartanah tak terjual turun 40% sejak era Madani – Nga

Shopee Sale

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mendedahkan kira-kira 13,066 unit kediaman tidak terjual (overhang) telah dijual sejak kerajaan Perpaduan mengambil alih kuasa.

Ketika melancarkan laporan rumah mampu milik institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda), Nga berkata di bawah pentadbiran kerajaan Madani bilangan hartanah tidak terjual berkurangan daripada 37,066 unit kepada kurang daripada 24,000 unit, menandakan peningkatan ketara melebihi 40 peratus.

"Sejak kerajaan Madani mengambil alih kepimpinan negara, hartanah tidak terjual telah menurun kepada kurang 24,000 unit berbanding 37,066 unit, pengurangan besar dan ketara melebihi 40 peratus.

"Malaysia kini menjadi destinasi menarik kepada ekspatriat dengan jumlah permit kerja yang dikeluarkan oleh imigresen kepada ekspatriat berkemahiran tinggi telah meningkat kepada 154,115 pada 2023, berbanding 110,819 pada 2022.

"Peningkatan lebih daripada 50 peratus ini menjadi petunjuk kukuh bahawa kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) telah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Perumahan Serantau Rehda Institute, di Petaling Jaya, hari ini.

Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) menyifatkan hartanah overhang sebagai siap dibina dan sedia untuk digunakan namun tidak terjual melebihi tempoh sembilan bulan selepas tarikh pelancaran.

Sementara itu, Nga menunjukkan pemulihan pasaran hartanah, memetik 399,000 transaksi hartanah bernilai RM200 bilion yang dicatatkan pada tahun 2023.

MENARIK:  Tujuh individu ditahan kes bunuh lelaki di Teluk Intan

Nga berkata dia yakin prestasi stabil pasaran hartanah akan menyumbang secara positif kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2024.

"Beberapa kaunter (saham) hartanah telah menyaksikan peningkatan lebih daripada 600 peratus dalam tempoh 12 bulan yang lalu," katanya lagi.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular