Hasrat k'jaan bagi setiap pelajar satu tablet – Zahid

Shopee Sale

Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah perananti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata biarpun berdepan dengan kekangan kewangan, kerajaan akan cuba melaksanakannya segera mungkin secara berfasa, dijangka mulai tahun ini.

“Setiap pelajar satu tablet, itu hasrat mereka (Kementerian Pendidikan).

“Saya yakin kaedah baru (pembelajaran menerusi perananti), ia tak dapat dielakkan (dan) saya merasakan pemberian tablet untuk para pelajar dan murid harus merata walaupun kita tahu kekangan kewangan merupakan faktor utama.

“Kita minta buat segera tapi secara berfasa. Sistem telah ada, kaedah pengajaran padagogi telah ada, cuma tablet sahaja kekangannya, jadi kalau dapat dibuat berfasa melalui tahun ini, saya fikir dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang, majoriti akan dapat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024 di Kuantan hari ini yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ahmad Zahid berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan peruntukan tambahan pembelian perananti untuk pelaksanaan pembelajaran secara digital dengan lebih menyeluruh.

“Insya-Allah saya akan mendukung program yang telah dirancangkan KPM (Kementerian Pendidikan) walaupun tahun ini RM58.7 bilion telah diperuntukkan kepada KPM, tetapi saya yakin jumlah bajetnya (untuk tahun hadapan) akan bertambah kerana pembelian perkakasan (perananti) untuk melaksanakan pembelajaran secara digital,” katanya.

MENARIK:  Simpan hidupan liar tanpa lesen, peniaga didenda RM70,000

Sambutan hari guru kali ini bertemakan “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani” dihadiri 3,000 warga pendidik dari seluruh negara dan pada majlis itu juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Sulaiman Wak diumumkan sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2024.

Tokoh Guru Kebangsaan 2024 pula dianugerahkan kepada bekas guru Sejarah Masariah Mispari yang kini Ketua Panel di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular