Hati-hati helah penipu menyamar pegawai Pusat Respon Scam K'saan

Shopee Sale

Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa orang ramai lebih berhati-hati terhadap pihak menyamar sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

ABM dan AIBIM dalam kenyataan bersama hari ini berkata jumlah penipuan dengan modus operanandi sebegitu semakin meningkat dengan pelanggan bank menjadi sasaran sindiket terbabit.

Kenyataan itu menggesa pelanggan untuk segera menamatkan perbualan jika mereka menerima panggilan daripada individu mendakwa sebagai pegawai NSRC.

Hal itu kerana, kata agensi terbabit, NSRC hanya berfungsi untuk menerima panggilan daripada orang ramai, bukannya membuat sebarang panggilan keluar kepada mana-mana individu.

Kata mereka, scammer yang menyamar sebagai pegawai NSRC akan cuba menakutkan mangsa dengan mendakwa bahawa maklumat peribadi tertentu seperti nombor kad pengenalan atau nombor telefon bimbit mereka dikaitkan dengan aktiviti haram atau penipuan.

Menurut ABM dan AIBIM, penipuan bermula apabila mangsa menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan pemanggil mendakwa sebagai pegawai NSRC.

Seterusnya, kata agensi itu, scammer terbabit akan memaklumkan kononnya identiti atau butiran peribadi mangsa telah digunakan dalam aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan urus niaga ‘keldai akaun’.

Sindiket itu akan menggunakan taktik "soal siasat" yang panjang, meniru penyiasatan sebenar untuk menyakinkan mangsa, dan melibatkan panggilan telefon berulang dalam tempoh lama.

Akhirnya, selepas mangsa diyakinkan, scammer akan meminta mereka untuk meninggalkan kad debit atau kad pengeluaran wang automatik (ATM) mereka di lokasi yang ditetapkan.

Ia membolehkan scammer mengakses akaun perbankan dalam talian mangsa untuk membuat pemindahan dan pembayaran bil tanpa kebenaran serta membuat pengeluaran tunai tanpa kebenaran mangsa.

Jika mangsa tidak mempunyai kemudahan perbankan dalam talian sedia ada, scammer boleh mendaftar untuk mangsa.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut berkata bank juga menggalakkan orang ramai berhati-hati terhadap scammer menyamar sebagai pegawai daripada agensi penguatkuasaan dan badan kawal selia seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menggunakan taktik ugutan dan mewujudkan rasa ketakutan menerusi telefon untuk memanipulasi mangsa supaya memindahkan wang daripada akaun bank mereka.

MENARIK:  Polis rakam keterangan Tamrin Ghafar isu tulisan di blog

Persatuan itu juga mengingatkan pelanggan bahawa bank tidak akan sekali-kali meminta maklumat sensitif seperti nombor kad kredit atau debit, nombor nilai pengesahan kad (CVV), nama pengguna perbankan dalam talian dan kata laluan sekali (OTP) atau nombor kod pengesahan urus niaga (TAC) .

"Pelanggan dinasihati supaya tidak klik pada pautan daripada nombor yang tidak dikenali, memuat turun aplikasi daripada pautan pada aplikasi pemesejan seperti Telegram dan WhatsApp, berkongsi nama pengguna dan kata laluan perbankan dengan sesiapa sahaja, dan melayan panggilan telefon atau mesej daripada nombor telefon mudah alih yang tidak diketahui.

"Pelanggan yang telah menjadi mangsa penipuan harus segera menghubungi NSRC di 997 atau talian khidmat pelanggan bank yang beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu untuk mendapatkan bantuan," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular