'Hidup Najib' bergema di kuil Batu Caves

Shopee Sale

Penyokong bekas Perdana Menteri Najib Razak berkumpul di sekitar kuil di Batu Caves di Ibu Negara, hari ni.

Sekitar 200 orang dilihat hadir dengan memakai baju berwarna putih berlogo parti MIC dan turut kelihatan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan.

Tinjauan di media sosial mendapati mereka berkumpul dalam Kuil Murugan bagi melakukan sembahyang khas dan solidariti terhadap Najib.

Parti komponen BN itu pada awalnya merancang menyertai perhimpunan di luar Istana Kehakiman bagi menyokong bekas perdana menteri yang kini dipenjarakan atas kesalahan rasuah.

Namun, MIC menukar rancangannya dan Saravanan semalam mengumumkan untuk mengadakan upacara itu di Batu Caves.

Ia selepas Istana Negara mengeluarkan kenyataan berhubung hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong memberi pengampunan dan amaran daripada ketua polis negara supaya tidak menghadiri perhimpunan tersebut.

Bagaimanapun hasrat MIC untuk mengadakan perhimpunan sokongan terhadap Najb di kuil Hindu itu mendapat kecaman daripada Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy.

Dia yang juga naib presiden PKR menggesa parti politik supaya menjauhkan aktiviti bermotif politik daripada tempat ibadat.

MENARIK:  Semua yang mata, kulit macam kita mesti bersatu - Razman

Sementara itu berdasarkan siaran langsung di TikTok, kedengaran laungan 'hidup Najib' bergema menghiasi himpunan berkenaan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular