Himpunan di Putrajaya: Polis buka kertas siasatan

Shopee Sale

Polis akan membuka kertas siasatan berhubung himpunan yang diadakan di Istana Kehakiman hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata beberapa individu turut akan dipanggil bagi dirakam keterangan untuk membantu siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Dianggarkan lebih 1,200 peserta hadir dan situasi terkawal serta tiada sebarang provokasi,” katanya ketika dihubungi Bernama, di Putrajaya.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan solidariti Datuk Seri Najib Razak di Istana Kehakiman kerana tidak mendapat kebenaran pemilik tanah.

Hari ini, Mahkamah Rayuan dalam majoriti 2-1 telah mengembalikan kes berkaitan dakwaan Najib mengenai kewujudan Titah Adendum Diraja yang akan membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah, kepada Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan mengenai meritnya.

MENARIK:  Mahathir soal IGP: Bolehkah pengawal peribadi polis tolak arahan VVIP?

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular