HRD Corp: SPRM hadir ke Kesuma dapatkan dokumen untuk siasatan

Shopee Sale

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini hadir ke Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) bagi mendapatkan dokumen susulan isu membabitkan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp).

Sepasukan anggota disertai empat pegawai SPRM itu tiba di bangunan Kesuma, di Putrajaya pada kira-kira pukul 11.20 pagi dan kemudiannya dilihat memasuki bangunan berkenaan.

Difahamkan, pasukan SPRM itu mahu mendapatkan dokumen berkaitan di pejabat Cawangan Kawal Selia dan Penguatkuasaan di aras tujuh bangunan kementerian itu bagi membantu siasatan berhubung kes HRD Corp.

Selepas hampir sejam, pegawai SPRM itu dilihat keluar dari bangunan Kesuma dengan membawa beberapa dokumen dan beredar.

Pada Sabtu lepas, SPRM telah mengesahkkan sudah mengenal pasti beberapa individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung isu HRD Corp seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 baru-baru ini.

Sebelum ini, Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam LKAN 2/2024 dilaporkan berkata Kesuma disyorkan merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan susulan kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit berkenaan.

MENARIK:  Akmal patut berhujah, jangan 'marah-marah' - Prof Rom Nain

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular