HTJ tubuh jawatankuasa siasat dakwaan kes salah laku doktor

Shopee Sale

Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat dakwaan berlakunya kes salah laku di Jabatan Ortopedik hospital berkenaan seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Pengarah HTJ Datuk Dr Zaleha Md Noor berkata ia susulan hantaran yang tular di dua platform media sosial pada 3 dan 8 Mac lepas, berkenaan pakar ortopedik yang didakwa kurang sopan.

Beliau berkata kandungan hantaran itu turut menyenaraikan dakwaan salah laku yang berlaku di jabatan terbabit.

“Satu jawatankuasa penyiasatan telah diwujudkan khusus untuk menyiasat dengan segera isu tersebut.

“Kami memohon mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap pihak yang terlibat sehingga siasatan selesai sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial sejak beberapa hari lepas mengenai dakwaan salah laku petugas kesihatan di hospital berkenaan yang tersebar menerusi sepucuk surat.

MENARIK:  Parallel pathway: 'Ini isu pendidikan, KPT perlu main peranan lebih besar'

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular