Hujan lebat: Kepala air di Lata Iskandar

Shopee Sale

Kejadian kepala air yang berlaku di air terjun Lata Iskandar berpunca daripada hujan lebat, kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad.

Beliau berkata pihaknya melakukan pemantauan di lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada kira-kira 9 pagi tadi.

"Kejadian itu disebabkan hujan lebat dan tidak melibatkan mangsa," katanya dalam kenyataan di Ipoh hari ini.

Beliau berkata kejadian sama turut dilaporkan berlaku di air terjun Lata Kinjang dan hujan lebat di kawasan Kampar dan Tapah malam tadi juga menyebabkan paras air di Sungai Kampar berada pada paras bahaya pagi tadi namun tiada kejadian banjir dilaporkan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima laporan mengenai kejadian itu setakat ini.

Terdahulu, tular di laman media sosial beberapa rakaman video menunjukkan kejadian kepala air berlaku di air terjun yang terletak di laluan Tapah-Cameron Highlands itu.

MENARIK:  Kedah Agro Holdings bayar gaji tertunggak RM560,000 bulan depan

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular