Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak berusia 7 tahun ditahan

Shopee Sale

Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang dekat Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ibu kanak-kanak itu dan teman lelakinya ditahan selepas pihaknya menerima maklumat daripada wanita berkenaan mengenai anaknya yang sedang tidur dikatakan tidak lagi bernafas pada 2.36 petang semalam.

Beliau berkata pemeriksaan polis bersama anggota paramedik mendapati mangsa meninggal dunia di rumah terbabit dan terdapat kesan lebam pada bahagian muka, leher, tangan dan kaki.

“Hasil proses bezah siasat yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah pendarahan di dalam kepala dan siasatan awal mendapati mangsa disyaki dipukul dengan benda keras dan tumpul secara berulang di rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mohd Azam berkata ibu mangsa dan teman lelakinya berusia 25 dan 36 tahun itu ditahan pada 5.15 petang hari yang sama bagi membantu siasatan.

Beliau menyatakan saringan ujian air kencing mendapati suspek lelaki yang bekerja sebagai jurujual itu positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine serta mempunyai tiga rekod jenayah lampau manakala ibu mangsa negatif dadah dan tiada rekod jenayah.

MENARIK:  Suami isteri ditahan, bantu siasatan rogol anak hingga mengandung

Beliau berkata kedua-dua individu terbabit direman tujuh hari sehingga 17 Jan ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular