IGP ucap takziah pada keluarga Hanif Omar

Shopee Sale

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia awal pagi tadi.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh," katanya menerusi hantaran yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Razarudin berkata Allahyarham merupakan KPN keempat dan memegang jawatan itu selama 20 tahun bermula 1974 sebelum bersara pada Jan 1994.

Menerusi hantaran itu, beliau berkata Mohammed Hanif, 85, meninggal dunia akibat sakit buah pinggang dan anaknya Abdul Rahmat Omar mengesahkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 2.15 pagi di kediamannya di Shah Alam, Selangor.

Jenazah difahamkan akan dibawa ke Masjid Negara dan dikebumikan di Makam Pahlawan selepas solat zuhur hari ini.

MENARIK:  MOU peruntukan PN: Kenapa Anwar rasa tergugat? - Wan Fayhsal

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular