Imigresen serbu sarang khidmat seks tawar tempahan dalam talian

Shopee Sale

Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menggempur sarang khidmat seks yang menawarkan tempahan secara dalam talian menerusi beberapa serbuan di sekitar Shah Alam dan Damansara semalam. 

Pengarahnya Khairrul Aminus Kamaruddin berkata serbuan menerusi Op Gegar, Op Sapu dan Op Selera bermula 10 malam itu melibatkan dua premis pusat urut, sebuah hostel pekerja dan dua kedai makan. 

Beliau berkata operasi selama lima jam itu membawa kepada penahanan seramai 39 pendatang asing termasuk 16 wanita selepas pemeriksaan dilakukan terhadap 43 individu berusia 17 hingga 45 tahun.

"Kita percaya premis-premis terbabit menawarkan servis perkhidmatan seks melibatkan warga asing dengan bayaran kira-kira RM200 dan ketika serbuan kita ada memecahkan pintu hostel pekerja pusat urut selepas tidak mendapat kerjasama penghuninya. 

"Ada yang cuba melarikan diri termasuk menyorok di belakang tilam dan tangga," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Khairrul berkata mereka didapati melakukan kesalahan seperti tidak memiliki sebarang pas atau permit sah, tinggal lebih masa dan salah guna lawatan sosial. 

Beliau berkata dua lelaki tempatan yang juga majikan pusat urut turut ditahan selain saman saksi juga dikeluarkan terhadap lima individu bagi membantu siasatan. 

MENARIK:  Ramasamy gesa Saifuddin dedahkan status pendaftaran Urimai

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) dan 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 selain Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. 

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular