Ini ujian Allah – Sanusi umum bantuan banjir Kedah

Shopee Sale

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan setiap ketua isi rumah yang terjejas bencana banjir dan dan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu akan diberikan bantuan sebanyak RM2,000.

Katanya, daripada jumlah tersebut, RM1,000 akan disalurkan segera oleh Kerajaan Kedah melalui bantuan awal Bantuan Komuniti Sejahtera (BKS) kepada setiap KIR yang berpindah ke PPS.

"Ini adalah ujian daripada Allah SWT, banyakkan berdoa supaya keadaan tidak lebih mudarat dan dipermudahkan urusan bagi kita semua," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Sanusi juga berkata kegagalan untuk berpindah ke PPS atau mematuhi prosedur yang diarahkan akan menyebabkan mangsa tercicir daripada senarai penerima bantuan kerajaan.

“Anggota polis akan ditempatkan di setiap PPS untuk memudahkan mangsa membuat laporan.

“PKOB Negeri dan PKOB Daerah akan beroperasi 24 jam sepanjang tempoh bencana untuk memantau dan mengawasi keadaan dari masa ke masa,” katanya.

Sanusi menasihatkan penduduk terjejas banjir gar mematuhi setiap arahan pihak berkuasa, jika diarahkan berpindah ke PPS.

Menurutnya penyelarasan bantuan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap daerah yang terbabit.

MENARIK:  Proses pengampunan banduan perlu dipatuhi - Fahmi

"Ibu bapa terutamanya awasilah anak-anak anda bagi mengelak sebarang kejadian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa," kata Sanusi.

Setakat pukul 3 petang ini, 3,904 mangsa melibatkan 1,158 keluarga terjejas akibat banjir di tujuh daerah di Kedah melibatkan Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Kubang Pasu, Bandar Baharu, Kulim dan Kuala Muda.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular