Insentif Ilham Kesuma: Perjuangan berjaya tapi belum sepenuhnya

Shopee Sale

Pemimpin dan aktivis mahasiswa menganggap perjuangan mereka menuntut elaun bermaruah bagi pelajar menjalani latihan amali industri tercapai menerusi insentif Latihan Amali (Ilham) diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).

Pada masa sama mereka mengambil sikap berhati-hati kerana berpendapat masih banyak lagi aspek yang perlu diteliti dalam membela kebajikan pelajar terbabit.

Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) menegaskan apa yang penting bukanlah polisi yang diumumkan namun pelaksanaannya perlu bebas daripada penyelewengan atau salah guna.

Presiden KMUKM, Iman Azhar, berkata terdapat banyak lagi isu kebajikan pelajar yang harus diperhatikan oleh kerajaan terutamanya membabitkan diskriminasi dan yuran universiti.

“Akhirnya perjuangan dan solidariti orang ramai bersama pelajar latihan industri diambil serius oleh pihak kerajaan.

"Namun ingin kami tegaskan perjuangan 'intern bukan buruh' tidak boleh terhenti di sini.

“Isu majikan memberi membuli serta memberikan tugasan bukan mengikut skop pendidikan mahasiswa harus diambil cakna oleh kerajaan,” katanya kepada Malaysiakini.

Iman Azhar

Dia turut menyatakan mahasiswa juga terbeban dengan isu kos kerana perlu membayar yuran pengajian seperti semester sebelum menyertai latihan industri walaupun pada hakikatnya mereka tidak berada dalam universiti.

Kata Iman, KMUKM berpandangan setiap universti harus membenarkan pelajar latihan industri membayar separuh daripada yuran semester berkenaan kerana mereka tidak lagi kemudahan di institusi terbabit.

Terdahulu Menteri Sumber Manusia Steven Sim memperkenalkan Ilham untuk membantu majikan membayar elaun bermaruah kepada pelajar latihan industri serta merancakkan sektor pekerjaan negara.

Potong cukai dua kali

Ilham mempunyai empat aspek utama iaitu Program Latihan Industri Berstruktur Nasional (MySIP), Geran Padanan Industri untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat pemula (LiKES), Program Skim Latihan Industri (ITS) dan program-program sokongan seperti MyNext.

Melalui insentif itu PKS yang menyertai program berkenaan harus membayar elaun minimum RM500 kepada pelajar diploma, manakala RM600 kepada pelajar sarjana muda.

Antara insentif yang diberikan oalah potongan cukai berganda kepada majikan yang memberi penempatan latihan industri serta latihan berstruktur kepada pelajar, peruntukan berjumlah RM30 juta untuk Geran Padanan Latihan Industri Untuk PKS dan syarikat pemula (LiKES), dan majikan boleh menggunakan sehingga 50 peratus daripada baki levi mereka untuk membayar pelajar latihan industri.

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pula melihat insentif Ilham diperkenalkan Kemusa itu akan memberi keuntungan yang besar kepada sektor PKS.

Abdul Rahman Nordin

Setiausaha Agung Cuepacs, Abdul Rahman Nordin, memberitahu Malaysiakini, potongan cukai dua kali yang diberikan kepada PKS akan memberikan keuntungan besar kepada syarikat ini sehingga mereka tidak berkira untuk memberi elaun yang berpatutan kepada pelajar latihan industri.

MENARIK:  Tiada perkauman, buli di sekolah Cina - ibu bapa

Angkatan Kesatuan Mahasiswa Universiti Antarabangsa Malaysia (IIUMSU) pula memuji insentif Kesuma yang dilihat menyelesaikan masalah paling utama dalam pembayaran elaun pelajar latihan industri iaitu ketidakmampuan syarikat.

Timbalan Presiden IIUMSU, Yuveraaj Pillai, berkata selama ini pihak memperjuangkan hak pelajar latihan industri kurang menitikberatkan keadaan ekonomi dan kemampuan sesebuah syarikat.

“Dengan insentif ini kini syarikat berkenaan sudah ada kemampuan untuk membayar elaun pelajar latihan industri dengan jumlah yang bermaruah.

“Kami percaya sejumlah besar PKS akan menyertai program insentif ini, mahasiswa kita sudah mempunyai banyak pilihan dalam memilih syarikat yang boleh mengembangkan potensi mereka,” katanya.

Yuveraaj Pillai

Namun Yuveraaj turut menekankan keperluan kerajaan untuk melihat isu lain yang tidak kurang pentingnya iaitu langkah syarikat-syarikat besar memberi elaun yang kecil.

Sementara itu Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) bersifat agak skeptikal dengan insentif Kesuma.

Presidennya, Ten Kang Yeaw, menganggap elaun minimum RM500 dan RM600 yang ditetapkan oleh Kesuma kepada PKS yang menyertai program tersebut mungkin wajar di lokasi tertentu saja.

Ten Kang Yeaw

“Kos sara hidup di bandar terutamanya amat tinggi pada waktu ini.

"Jumlah minimum yang ditetapkan oleh Kesuma tidak mencukupi jika kita mengambil kira kos pengangkutan, rumah sewa dan makanan minuman di bandar besar.

“Kami mencadangkan pihak kerajaan menetapkan elaun minimun mengikut tempat dan kawasan.

"Kalau tidak, bagi kami insentif ini akan tidak memberi solusi kepada kos sara hidup sesetengah pelajar latihan industri,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular