Iran: AS bersekongkol dengan jenayah, tindakan pengganas

Shopee Sale

Iran mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan setiausaha agung Hizbullah, Seyyed Hassan Nasrallah dalam serangan Israel Sabtu lepas, melabelkannya sebagai ‘jenayah peranang’ dan melanggar integriti wilayah Lubnan.

Kementerian Luar Iran dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui Kedutaannya di Kuala Lumpur juga menganggap Amerika Syarikat bertanggungjawab secara langsung dan bersekongkol dalam jenayah antarabangsa dan tindakan pengganas.

Kementerian itu menyifatkan kematian Nasrallah sebagai "syahid" yang terkorban mempertahankan pembebasan Palestin dan Al-Quds, sambil menegaskan kematiannya tidak akan mengganggu perjuangan mereka menentang penjajah pengganas.

Kerajaan dan rakyat Iran akan terus memberi sokongan kepada Palestin dan Lubnan serta seluruh Asia Barat sehingga penjajahan dihentikan dan pemulihan hak untuk menentukan nasib sendiri serta membebaskan Palestin dan Al-Quds.

“Dan tanpa ragu-ragu, tindakan tidak berperikemanusiaan Zionis dan peningkatan kekejaman dengan membunuh pemimpin penentang akan meningkatkan keazaman negara dan kerajaan Iran untuk menyokong rakyat yang tertindas,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa tindakan berterusan rejim Zionis dalam melakukan jenayah antarabangsa termasuk genosid, jenayah peranang dan pencerobohan, menunjukkan bahawa Zionis dan penyokong mereka akhirnya akan dibawa ke muka pengadilan dan tidak akan terlepas daripada hukuman.

"Iran akan menggunakan semua kapasitinya dari sudut politik, diplomatik, perundangan dan antarabangsa untuk menyokong rakyat Palestin dan Lubnan di peringkat serantau dan antarabangsa, serta akan berdiri bersama Palestin dan Lubnan untuk menghukum penceroboh," menurut kenyataan itu.

MENARIK:  Miti akan siasat syarikat semikonduktor M'sia dikenakan sekatan AS

Sementara itu, Kedutaan Iran di Malaysia akan mengadakan majlis doa untuk Nasrallah dan mereka yang terkorban dalam serangan terbabit pada 3 Okt dari 5 petang hingga 7 malam di 105, Jalan Ampang Hilir, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular