Iraq akan hantar pulang tentera Syria rejim Assad

Shopee Sale

Iraq mengumumkan pada Khamis bahawa ia akan memulakan penghantaran pulang tentera Syria daripada rejim Assad yang digulingkan ke Syria, lapor Agensi Anadolu (AA).

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Miqdad Miri berkata proses memulangkan tentera Syria ke negara asal mereka bermula semalam, lapor agensi berita negara INA.

“Proses itu akan dijalankan selepas penyelarasan dengan pihak berkuasa Syria,” tambahnya.

Menurut laporan media, lebih 3,000 tentera Syria melarikan diri ke Iraq berikutan kejatuhan rejim Bashar Assad pada 8 Dis.

Assad yang memerintah Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia selepas peranang saudara selama 13 tahun dan beberapa dekad pemerintahan keluarganya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular