Ismail Sabri akui kecewa terus dihentam walaupun sedang berehat

Shopee Sale

Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob mengakui, dirinya kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin Umno kerana masih “diganggu” meskipun dirinya tiada lagi memegang jawatan tinggi baik dalam parti mahupun kerajaan.

Bercakap dalam program Podcast Keluar Sekejap (KS) yang dihoskan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, bekas naib presiden Umno itu berkata sehingga hari ini, dia terus dihentam walaupun sedang berehat.

"Saya tidak usik siapa-siapa pun tapi mereka masih lagi hentam saya. Cukuplah... saya sudah diam, jangan kacau saya. Biar saya dengan kehidupan saya.

"Bagaimanapun, baru-baru ini, dalam mesyuarat bahagian, ada wakil Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang rapat dengan presiden, bantai saya dan Hisham (Hishammuddin Hussein).

“Apa lagi anda nak? Anda sudah dapat jadi presiden, tiada sesiapa pun mengacau, cukuplah," katanya.

Ismail Sabri berkata, masalah bermula apabila dia dilantik sebagai menteri kanan pada Mac 2020 dan kemudiannya sebagai perdana menteri pada Ogos 2021.

Malah, katanya, dia juga tidak mendapat sokongan parti seperti yang diharapkan ketika menjawat jawatan tersebut walaupun tidak mempunyai masalah dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Susulan pelantikannya sebagai perdana menteri, Ismail Sabri berkata, dia sentiasa cuba menjaga hati Ahmad Zahid.

Ini, termasuk tidak pernah turun di hadapan pintu masuk bangunan Umno di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur tetapi sebaliknya terus naik melalui parkir di aras bawah tanah.

"Jika saya nak jumpa beliau, sebagai perdana menteri, saya boleh minta beliau datang ke pejabat tapi tidak. Saya pergi ke Yayasan Akal Budi di Country Heights dan ketika masuk ke kawasan itu, semua lampu polis dipadamkan.

MENARIK:  Kertas siasatan kes Muhyiddin kini di Pejabat Peguam Negara

"Polis duduk jauh dari pagar dan satu kereta saya saja yang masuk sebab saya nak jaga hati Presiden," katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pelantikan beberapa pemimpin Umno dalam kabinet menyaksikan keretakan dalam Umno.

"Gerakan untuk memecah-belahkan ini tidak pernah dari Putrajaya, walaupun ada dua kem, itu mereka yang cipta naratif. Kita tidak pernah.

"Dalam kalangan menteri, tidak pernah ada naratif berbeza dengan parti. Kita buat apa yang parti minta.

"Jika saya nak lawan parti, saya takkan peduli bila parti suruh saya bubar Parlimen. Saya bubar Parlimen kerana parti nak saya bubar. Saya orang parti," katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular