Isteri teruja dapat banyak ikan, enggan pulang, kata suami

Shopee Sale

Suami kepada mangsa lemas yang dihanyutkan arus deras di saliran longkang monsun di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan, petang semalam tidak menyangka keterujaan mereka lima sekeluarga mendapat ikan yang banyak ketika menjala di situ berakhir dengan tragedi.

Menceritakan kembali kejadian berkenaan, Ahmad Suriadi, 40, yang merupakan warga Indonesia berkata mereka tiba di kawasan itu kira-kira pukul 3.30 petang dan dalam tempoh tidak sampai sejam, mereka berjaya memperoleh hasil tangkapan yang banyak.

Melihat keadaan itu, Ahmad berkata isterinya berusia 38 tahun menjadi seronok dan enggan balik, sebaliknya meneruskan aktiviti menjala walaupun dalam keadaan hujan lebat.

"Setiap kali tebar jala, saya dapat hasil yang banyak dan situasi ini menyebabkan isteri saya seronok. Bagaimanapun, selepas empat kali saya menjala, hujan mula lebat dan saya mengajak isteri balik, tetapi dia enggan.

"Kami (isteri dan anak) terus menjala lagi dan ketika saya hendak ke tepi untuk mengemas semua barang dan ikan, air tiba-tiba naik tinggi diikuti arus deras menyebabkan kami terjatuh dan hanyut ke dalam sungai," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Dalam keadaan tenggelam timbul dihanyutkan arus deras itu, dia cuba mencapai tangan anak dan isterinya untuk menyelamatkan mereka, namun tidak berjaya disebabkan arus terlalu kuat selain terhalang oleh dahan pokok.

“Saya hanya mampu melihat lambaian tangan isteri yang kemudian hilang perlahan-lahan dibawa arus. Selepas itu, saya berenang ke tepi menyelamatkan diri dan memanggil orang ramai untuk membantu mencari ahli keluarga saya," katanya yang terselamat bersama seorang lagi anak lelakinya, Mohd Alif, 9.

MENARIK:  ‘Saya bukan persoal peranan Jakim, sijil halal’

Ahmad berkata anak lelaki keduanya berjaya menyelamatkan diri dengan memanjat tebing longkang itu sebelum ditemukan orang ramai pada 5.30 petang semalam, sementara mayat anak lelaki sulungnya, Mohd Diham, 10, dijumpai pasukan penyelamat satu kilometer dari lokasi kejadian pukul 7 malam semalam.

Menurutnya, dia juga telah mengesahkan mayat isterinya yang ditemukan pada tengah hari tadi dan berharap pasukan penyelamat dapat menemukan segera anak perempuan bongsunya, Riska Amelia, 4.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular