Isu ceroboh hutan Raub: Penguatkuasa bertindak ikut bukti – MB Pahang

Shopee Sale

Tindakan penguat kuasa menahan dua individu yang didakwa menceroboh kawasan hutan di Raub semalam dibuat berdasarkan bukti kukuh, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata ia berikutan pihak penguatkuasaan tidak akan mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap mereka yang terlibat tanpa alasan.

“Saya yakin bila tangkapan dibuat sudah pastinya ada berlaku kesalahan... pada pandangan saya sudah pasti mereka (penguat kuasa) ada bukti dan alasan yang kukuh sebab itu mereka menahan orang yang menceroboh," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutupan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Pahang (Teratai) Ke-42 di Kuantan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai penahanan dua pekebun haram durian Musang King dalam Ops Sekat di Sungai Ruan di Raub, semalam.

Menyentuh mengenai keputusan mahkamah berhubung permohonan semakan kehakiman 186 pekebun Musang King sekitar Raub terhadap keputusan Kerajaan Negeri Pahang yang mengeluarkan notis arahan pengosongan tanah, Wan Rosdy berkata semua pihak mesti menghormati keputusan mahkamah dan operasi pemantauan akan diteruskan.

Rabu lepas, Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan semakan kehakiman tersebut dan turut memerintahkan pekebun terbabit membayar kos berjumlah RM600,000 kepada semua responden.

MENARIK:  Restoran minta maaf berhubung komen terhadap 'type C'

Pada 2020, mereka memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran menyemak notis pengosongan tanah yang telah ditanam dengan pokok durian Musang King sekitar Raub termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit dan Sungai Klau yang dianggarkan seluas 2,167 hektar.

Mereka menamakan Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, Kerajaan Negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd sebagai responden.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular