'Isu derma syarikat arak: PAS, Gerakan hanya berlakon'

Shopee Sale

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi tampil mendakwa PAS dan Gerakan sama sama berlakon berhubung isu derma syarikat arak kepada sekolah Cina demi mendapatkan kuasa.

Dalam satu hantaran di media sosial, Facebook, Puad berkata "parti nyamuk" Gerakan tidak akan berani keluar dari PN sejak dari mula lagi, kerana ia tidak mempunyai tempat lain untuk pergi.

“Gerakan tidak akan keluar PN. PAS dan Gerakan sama sama berlakon. Gerakan tahu PAS hanya berlakon isu arak demi mendapatkan kuasa.

“Percayalah, apabila PAS dapat kuasa nanti, parti itu akan ikut sahaja cakap Gerakan pasal arak. Semua jadi harus.

“PAS tahu Gerakan cuma mengugut. Ia parti nyamuk. Hanya melukut tepi gantang. Mana berani keluar PN. Tiada tempat lain untuk mengemis,” sindirnya lagi.

Ahad lalu, PAS menyatakan rasa kecewa dengan pendirian ditunjuk rakan mereka dalam PN itu yang dilihat senada dengan DAP dalam isu syarikat bir terlibat dalam membantu sekolah vernakular mendapatkan dana.

Ahmad Fadhli Shaari (kiri) bersama Presiden Gerakan, Dominic Lau

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata pendirian Gerakan dalam isu berkenaan adalah sesuatu yang "sangat mengecewakan" parti berkenaan.

Bahkan PAS memberi bayangan bahawa dengan pendirian tersebut tidak mustahil mereka akan memilih haluan berbeza dengan Gerakan dalam PRU-16 akan datang.

Mengulas kenyataan itu, Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong berkata parti itu tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan PN jika tindakan itu bermakna mempertahankan pendidikan Cina.

MENARIK:  Gempa bumi sederhana dikesan di Taiwan

Oh seterusnya menggesa PAS untuk berhenti bertindak seperti "taikor" (abang besar) dan menuntut pematuhan daripada semua parti lain yang membentuk PN.

Muhammad Sanusi Md Nor

Susulan itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Muhammad Sanusi Md Nor, mencadangkan kepada Gerakan supaya keluar daripada PN jika mereka gagal belajar menghormati orang Melayu dan Islam di negara ini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular