Isu hak Melayu, LGBT halang Malaysia sertai kes Afrika Selatan lwn Israel

Shopee Sale

Nota Editor: Artikel berkenaan kenyataan PM sebelum ini memetiknya dalam konteks meratifikasi konvensyen PBB. Malaysiakini memohon maaf atas kesilapan tersebut.


PARLIMEN | Hak Melayu dan isu LGBTQ+ merupakan antara kekangan untuk Malaysia menyertai secara langsung usaha Afrika Selatan untuk memulakan prosiding terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Anwar berkata, ini kerana usaha Afrika Selatan berkaitan dengan Statut Rom yang tidak ditandatangani Malaysia, seperti mana Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).

“Ia (usaha Afrika Selatan) terikat dengan Statut Rom, dan setakat ini Malaysia dalam soal Icerd dan Statut Rom ini, ada kekangan kerana beberapa peruntukan dalam statut itu yang tidak boleh diterima oleh sebahagian masyarakat kita, terutama dalam dasar mempertahankan hak bumiputera, soal agama dan LGBT,” kata Anwar di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata sebuah jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang rentas parti boleh membincangkan soal Statut Rom.

“Saya fikir jawatankuasa pilihan (khas Parlimen) boleh bincang antara parti tentang bagaimana kita boleh majukan isu ini…maknanya melihat semula peruntukan Statut Rom dan kalau ada kesepakatan, kita boleh teruskan.

“Walaupun (begitu), saya harus nyatakan kita ada sedikit kebimbangan melihat kepada suasana dan peruntukan Perlembagaan kita dan pendirian Raja-raja Melayu,” katanya lagi.

Dia menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) berkenaan jika Malaysia boleh menarik balik pengecualian terhadap Perkara 9 Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid 1948 (Konvensyen Genosid).

Ia berkenaan keperluan untuk mendapatkan keizinan Malaysia sebelum sebarang kes melibatkan negara dibawa ke ICJ.

Pada 2019, Malaysia menarik diri daripada menjadi penandatangan Statut Rom selepas bantahan daripada pembangkang, selain gagal mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

Statut Rom adalah perjanjian yang membawa kepada penubuhan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Berhubung Icerd pula, Malaysia adalah satu daripada hanya dua negara majoriti Muslim yang tidak meratifikasinya. Satu lagi negara adalah Brunei.

MENARIK:  Raja Maori New Zealand meninggal dunia pada usia 69 tahun

PBB memperkenalkan Icerd pada 1965 untuk menangani isu pergeseran kaum di peringkat global tetapi di Malaysia, ia dilihat sebagai ancaman kepada "kontrak sosial".

Di sebalik kekangan ini, kata Anwar, Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa memaklumkan tiada halangan untuk Malaysia menyokong tindakan undang-undang yang diambil negara itu terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Ini termasuk untuk menghantar wakil ke ICJ dan menyatakan pendirian negara dalam menyokong Palestin, kata Anwar lagi.

Katanya, ia walaupun Malaysia tidak dapat memfailkan saman kerana tidak menandatangani Statut Rom.

“Dalam soal genosid, kita telah umumkan pendirian yang jelas dan saya ingin menarik perhatian dalam pertemuan kita minggu lalu, saya telah sebut yang setelah kita tekankan isu genosid, Presiden Colombia (Gustavo Petro) yang mendengar ucapan saya terus menyatakan dalam menyokong pendirian Malaysia, dia tegaskan yang ‘genocide is genocide’.

“Maknanya (Petro) minta supaya sidang G20 menerima kenyataan berkenaan genosid ini,” katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular