Isu HRD Corp: Kementerian pertimbang lapor polis – Steven Sim

Shopee Sale

PARLIMEN | Kementerian Sumber Manusia mempertimbangkan cadangan membuat laporan polis susulan isu tadbir urus Human Resource Development Corporation (HRD Corp) seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.

Menteri berkenaan Steven Sim berkata setakat ini laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kementerian itu juga melaksanakan audit bebas oleh pihak ketiga ke atas HRD Corp.

"Bukan hasrat saya menuding jari atau melindungi sesiapa, jauh sekali mereka yang bersalah. Sekiranya siasatan menjurus kepada mana-mana individu bersalah, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya tidak kira berpangkat menteri, timbalan menteri atau pengurusan tertinggi.

"Ini iltizam dan komitmen kita dan ia sudah dibuktikan dengan melaksanakan langkah-langkah secara telus dan menjawab kepada pihak awam tetapi jangan pula kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar," katanya ketika menggulung perbahasan LKAN Siri 2/2024 bagi kementerian berkenaan.

Isu tadbir urus HRD Corp seperti didedahkan dalam LKAN 2/2024 menghangatkan sesi perbahasan usul laporan itu dalam persidangan Dewan Rakyat semalam.

Antara lain Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mencadangkan Menteri Sumber Manusia supaya membawa isu HRD Corp kepada pihak polis supaya siasatan boleh dilaksanakan secara menyeluruh.

Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) pula menuntut agar siasatan menyeluruh dijalankan termasuk kemungkinan salah guna kuasa terhadap HRD Corp khususnya dalam tempoh 2020 hingga 2022.

MENARIK:  ‘Ekonomi kita terjejas jika putuskan hubungan dengan semua syarikat berkaitan Israel’

Menurut LKAN Siri 2/2024, terdapat tindakan serta keputusan diambil pengurusan HRD Corp tidak mematuhi prosedur dan menjaga kepentingan dalam mencapai fungsi penubuhan syarikat.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut dilapor mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan Program Latihan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan yang bukan merupakan matlamat penubuhan agensi itu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular