Isu kesihatan mental terbiar dorong insiden terjun jambatan

Shopee Sale

Masalah kesihatan mental penduduk Kelantan yang dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk kemurungan serius yang turut mengundang kepada peningkatan kes terjun jambatan.

Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Raja Perempuan Zainab II Dr Fariza Yahya berkata isu kesihatan mental yang serius boleh menyebabkan seseorang mengalami skizofrenia sekali gus mendorong mereka memilih jalan singkat dengan mengambil nyawa sendiri.

"Perbuatan terjun dari jambatan juga merupakan cubaan membunuh diri yang dikaitkan dengan masalah mental kerana individu yang dilanda kemurungan tidak sama dengan individu yang mengalami kesedihan biasa.

“Individu yang mengalami kemurungan selama dua minggu atau lebih akan menyebabkan mereka kurang selera makan, tidur terganggu, hilang rasa seronok terhadap perkara yang mereka suka dan akhirnya berasa diri tidak berguna untuk meneruskan hidup,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Dr Fariza berkata pemikiran individu yang mengalami kemurungan menjadi keliru lalu hilang kewarasan walaupun sebelum ini mereka merupakan orang yang kuat beribadat.

Dia berkata pihak keluarga seharusnya peka dengan sebarang perubahan yang berlaku pada seseorang dan membawa mereka segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Mereka yang mengalami kemurungan pada tahap serius akan mengambil nyawa sendiri dengan pelbagai cara seperti terjun dari bangunan, terjun ke dalam sungai, menggantung diri dan mengelar tangan," katanya.

MENARIK:  Pemuda PAS ramal BN, PH 'mati bersama' di Kuala Kubu Bharu

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan merekodkan sebanyak 18 kes cubaan bunuh diri termasuk dengan cuba terjun dari jambatan sejak 2021 hingga kini.

Pengarahnya Zainal Madasin berkata antara lokasi jambatan yang terlibat ialah Jambatan Sultan Yahya Petra, Jambatan Tendong, Jambatan Salor, Jambatan Wakaf King, Jambatan Tok Bali dan Jambatan Pak Nik Lah.

“Kebanyakan mangsa ditemukan meninggal dunia akibat lemas selepas beberapa hari atau beberapa minggu kemudian,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular