Isu Kg Bohol: Kumpulan bantah jual kawasan riadah demi pembangunan

Shopee Sale

Penjualan tanah yang diwartakan sebagai taman rekreasi untuk pembangunan adalah salah, kata kumpulan membantah transformasi kolam takungan banjir Kampung Bohol kepada projek perumahan berkepadatan tinggi di Kuala Lumpur.

Penyelaras Gabungan Pertahan Kolam Takungan Banjir Kampung Bohol Ng See Eng menegaskan plot tanah tersebut pada mulanya diklasifikasikan sebagai "Right of Way" (hak lalu lalang pentadbir tanah) ketika rancangan pengambilan tanah untuk Lebuhraya Kesas dijalankan antara 1994 dan 1996.

Lot itu kemudiannya ditukar menjadi taman rekreasi yang diwartakan di bawah Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2020 (PTKL 2020), katanya.

“Pada masa ini, PTKL 2040 dalam proses bantahan dan pendengaran awam. Kerajaan tidak boleh menukar penggunaan tanah dari taman rekreasi menjadi tanah perumahan.

“Langkah kerajaan mahu menjual lot tanah ini kepada pemaju tanpa merujuk Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), lebuhraya Kesas, wakil rakyat dan penduduk setempat adalah salah,” kata Ng pada satu kenyataan hari ini.

Semalam Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) berkata kolam tampung banjir di Kampung Bohol, Kuala Lumpur tidak akan dijadikan kawasan perumahan.

Timbalan Pengarah Pendaftaran Tanah PTGWP Mohd Firdaus Ibaruslan berkata bertentangan dengan laporan media dan apa yang diyakini sesetengah penduduk, kolam itu hanya dinaik taraf untuk meningkatkan kapasitinya sebanyak 7.5 kali ganda.

Mohd Firdaus menjelaskan, sebuah syarikat swasta dipilih untuk menaik taraf kolam berkenaan sebagai pertukaran atas kelulusan membangunkan perumahan di atas tanah kerajaan.

Katanya syarikat terbabit akan membelanjakan kira-kira RM40 juta untuk kolam takungan banjir dan kawasan rekreasi berkenaan.

“Sebagai balasan, ia akan mendapat kelulusan penggunaan tanah kerajaan seluas 26.8 ekar tetapi perlu membayar premium tanah sekitar RM41.7 juta,” katanya.

Dari enam bidang tanah yang dibenarkan itu, katanya, tiga akan digunakan untuk membangunkan rumah mampu milik manakala satu lagi untuk mewujudkan perumahan Madani.

Selain itu, katanya, status rizab kolam itu dibatalkan supaya status rizab baru boleh digunakan berikutan saiz tanah yang semakin meningkat dan perubahan pelan.

MENARIK:  Umno terima banyak permohonan dari bekas ahli

'Ada agenda tersembunyi?'

Mengulas lanjut, Ng menyoal jika Putrajaya tidak mampu membelanjakan RM40 juta untuk membina kolam tampung banjir dan terpaksa menjual tanah rekreasi itu kepada pemaju supaya dapat menjalankan kerja-kerja berkenaan dengan ganti tanah projek perumahan.

Dia memetik laporan berita sebelum ini mengatakan projek penjualan tanah untuk pembangunan lot itu telah dibatalkan oleh kerajaan campuran pada 8 Mei 2023.

“Kami ingin bertanya, kenapa ia dihidupkan semula sekarang dan keseluruhan proses penjualan tanah ini dijalankan secara senyap dan cepat?

"Adakah tindakan penjualan tanah ini melibatkan agenda yang tidak diketahui umum," soalnya.

Pada Rabu, lebih 100 orang berkumpul di Kompleks Komuniti Kampung Muhibah untuk membantah rancangan transformasi kolam itu yang didakwa mahu dijadikan projek perumahan berkepadatan tinggi.

Menurut kumpulan itu, mereka menerima maklumat bahawa kerajaan meluluskan penggunaan enam bidang tanah bersebelahan kolam takungan tampung banjir Kampung Bohol bagi membina 5,000 unit rumah.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular