Isu pedang Akmal: Saya tak campur urusan polis, kata menteri

Shopee Sale

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata dia tidak akan mencampuri bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kata Saifuddin ini termasuk pendirian polis yang tidak menyiasat tindakan Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh memuat naik gambar menghunus pedang samurai, ketika ketegangan isu jualan stoking bertulis kalimah Allah.

"Saya percaya polis ada tindakannya sendiri berasaskan laporan atau mereka sendiri yang buat laporan. Saya tak mahu masuk dalam bidang kuasa polis.

"Saya percaya mereka (polis) ada kepakaran sendiri dan tahu apa yang mereka buat,” katanya menjawab soalan pemberita.

Saifuddin Nasution

Saifuddin mengulas soalan kenapa polis tidak membuat laporan sendiri bagi memulakan siasatan terhadap Akmal.

Semalam Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata siasatan hanya akan dimulakan sekiranya ada laporan polis dibuat.

Kenyataan itu diselar kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) yang berkata polis bertanggungjawab menyiasat apabila sedar sesuatu jenayah yang berlaku. 

LFL juga berkata jika tiada aduan awam, pihak berkuasa itu boleh membuat laporan sendiri dan perkara itu telah pun menjadi amalan biasa.

Bercakap dalam sidang media di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, hari ini, Saifuddin juga meminta media membantu menegaskan titah Yang di-Pertuan Agong supaya isu itu tidak berpanjangan.

“Itu yang penting sekali," katanya yang juga setiausaha agong PKR.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah supaya tindakan segera diambil kepada pihak yang cuba menghasut rakyat terutama berkaitan isu KK Mart sehingga mencetuskan keresahan rakyat.

Akmal pada 14 Mac berkongsi gambarnya memegang pedang samurai sehari selepas tersebar gambar penjualan stoking bertulis kalimah Allah di beberapa kedai KK Mart di Petaling Jaya.

MENARIK:  LFL anggap pendakwaan dwistandard dalam isu stoking

Dia turut memuatkan kapsyen berbunyi: “Kami tidak akan berganjak dengan pendirian kami. Biar mati berdiri daripada hidup melutut.”

Sementara itu, ditanya sama ada terdapat keperluan untuk polis menyiasat Akmal, dia tidak mahu mengulas apa-apa.

"Saya tak sebut (adakah Akmal termasuk dalam kelompok penghasut)," katanya.

You are putting the word into my mouth (Kamu cadangkan saya cakap sesuatu). Tak adillah untuk saya.”

Sementara itu, Saifuddin berkata, kabinet semalam mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melihat trend bersifat menghasut, menganjurkan keganasan dan tindakan melampau yang menjejaskan keamanan.

Dia mengakui wujud golongan yang “kerjanya membangkitkan soal keresahan” dalam bentuk hasutan melampau.

"Ini semua memerlukan pihak keselamatan (polis) untuk ambil tindakan,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular