Isu penurunan hantaran Anwar: PMO panggil Meta hari ini

Shopee Sale

Pejabat Perdana Menteri memanggil wakil Meta Platforms Inc (Meta) hari ini bagi memberikan penjelasan berhubung tindakan menurunkan kandungan berkaitan isu Palestin di platform media sosial Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut sumber, ia termasuk kandungan berkaitan pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang diturunkan dan disekat menerusi plaftorm seperti Facebook, Instagram Perdana Menteri. 

Difahamkan Perdana Menteri yang sebelum ini berang dengan tindakan berkenaan, juga mahu mendengar penjelasan lanjut dari Meta berhubung perkara itu.

Pertemuan yang dijangka petang ini  juga bertujuan meminta penjelasan berhubung gangguan yang dilaporkan berlaku dalam siaran langsung di Facebook sewaktu Himpunan Pembebasan Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil yang dihadiri lebih 15,000 orang semalam. 

Semalam Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata satu pertemuan akan diadakan bersama pihak Meta berhubung isu penurunan kandungan berkaitan Palestin daripada media sosial Perdana Menteri, di Putrajaya hari ini.

Fahmi berkata pihaknya akan bertegas dalam pertemuan itu sekiranya sebarang kandungan berhubung Himpunan Pembebasan Palestin diturunkan oleh penyedia platform media sosial berkenaan. 

Dalam laporan media sebelum ini, Fahmi menyatakan kekesalan kerajaan dengan tindakan penurunan hantaran oleh Perdana Menteri berhubung pembunuhan Haniyeh oleh pihak Meta dan telah memohon penjelasan berhubung perkara itu. 

MENARIK:  Kibar bendera China: 17 warga asing dirakam keterangan

Semakan di akaun Instagram Perdana Menteri mendapati tiga hantaran beliau pada 31 Julai lepas yang mengutuk pembunuhan Haniyeh dan berkongsi gambar pertemuan dengan pemimpin Hamas itu diturunkan daripada aplikasi media sosial berkenaan. 

Penurunan hantaran itu disertakan dengan kapsyen “Dangerous individuals and organisations”.

Ia menyebabkan Pejabat Perdana Menteri mengecam tindakan Meta berkenaan, manakala Anwar pada 1 Ogos pula memberi peringatan terhadap pihak Meta supaya tidak menjadi perkakas rejim Zionis.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular