Isu sijil halal: Mengapa Dr Akmal nak kena minta maaf, soal Ku Li

Shopee Sale

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah tidak melihat kelantangan ketua pemuda parti itu, Dr Akmal Saleh, dalam beberapa isu sebelum ini dianggap sebagai perkauman atau anti terhadap mana-mana bangsa.

Sebaliknya, Razaleigh atau dikenali sebagai Ku Li, berkata kelantangannya itu adalah selari dengan perjuangan Umno, seperti termaktub dalam perlembagaan parti.

Tengku Razaleigh Hamzah

“Mengapa nak kena minta maaf? Saya rasa ini adalah pandangan ikhlas daripada Ketua Pemuda (Umno) kita (Akmal) dia meluahkan perasaan (dan ini) bukan soal sijil halal tak halal tapi soal perasaan dia tak begitu puas hati.

“Pandangan saya, macam apa yang diluahkan oleh pemimpin kita sama ada Akmal ataupun sesiapa, bukan bererti kita mempunyai perasaan anti ataupun nak lawan,” katanya yang dipetik portal MalaysiaGazette.

Semalam, ahli Jawatankuasa DAP Johor Dr Boo Cheng Hau menuntut Akmal memohon maaf kepada ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan semua rakyat Malaysia berhubung kenyataannya berhubung pensijilan halal.

Isu itu tercetus pada 8 September lalu apabila Akmal melabel Kok sebagai "nyonya tua" dan secara sinis meminta kerajaan menyediakan logo non-halal untuk “ditampal di dahi” pemimpin DAP itu.

Teresa Kk (tengah)

Ia susulan tindakan Kok yang mempersoalkan cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mempertimbangkan mewajibkan restoran dan perniagaan yang tidak menghidangkan daging babi atau alkohol mendapatkan pensijilan halal.

Susulan kenyataan Akmal itu, Kok mengeluarkan surat tuntutan pada 11 September lalu menuntut ganti rugi RM25 juta, yang dibalas oleh Akmal dengan menyatakan mereka akan berjumpa di mahkamah.

MENARIK:  Akmal patut berhujah, jangan 'marah-marah' - Prof Rom Nain

Pada 18 Sept lepas, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keputusan kabinet untuk mengekalkan status quo berhubung pensijilan halal.

Mengulas lanjut, Razaleigh berkata, apa yang diluahkan oleh pemimpin Umno seperti Akmal ataupun sesiapa, bukan bererti parti itu mempunyai perasaan membenci dan bersifat perkauman.

Sebaliknya, Umno sebagai parti nasionalisme Melayu, katanya sentiasa memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta agama Islam tetapi pada masa yang sama tidak bermakna memandang enteng sokongan pengundi kaum lain.

“Saya rasa masih tidak berubah (perjuangan Umno) tapi tidak bererti kita tidak mahu kepada pengundi orang-orang Cina, ini semua rakyat Malaysia.

“Namun pendirian itu (parti dalam Kerajaan Perpaduan) masing-masing bawa,” katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular